Kerajaan UMNO BN semakin terdesak dan jelas tidak boleh diselindung lagi bahawa pemimpin UMNO BN kini cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing sebelum rakyat menghukum mereka pada PRU 13 ini.
Menurut beliau lagi kebiasaannya dalam saat genting seperti ini pemimpin UMNO BN akan mencetuskan beberapa provokasi untuk mengaburkan rakyat akan kezaliman dan rasuah yang dilakukan mereka.
Tambah beliau, rakyat kini sudah celik untuk mendapat sumber maklumat yang benar dan disebabkan itu kebangkitan rakyat memaksa kepimpinan Najib mengakui segala penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan kerajaan UMNO BN.
Memetik ucapan beliau, "UMNO BN kini umpama " Kapal usang yang hanya menunggu saat untuk karam ", dan kini Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa kerajaan UMNO BN telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.
"Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.
"Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO BN terus dipertingkat dan digalakkan.
"Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.
"Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.
"Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.
"Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan." tegas beliau.
Sehubungan itu beliau menyeru supaya seluruh rakyat berbilang kaum serta para pengundi menolak UMNO BN dalam PRU 13 akan datang yang disifatkan semakin terdesak dan hilang identitinya.
No comments:
Post a Comment