Tuesday, January 24, 2012

Kalau Jadi Mangsa Kenapa Tak Saman Akhbar Australia Tersebut?

Rosmah dakwa jadi mangsa sudah dijangka

KUALA LUMPUR, 23 Jan: "Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau "menjadi mangsa".

Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.

Bagaikan mengundang simpati, Rosmah yang mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan itu berkata, beliau berkali-kali menghadapi tuduhan sedemikian.

Ketika terus ditanya adakah laporan mengenai perbelanjaan sehingga RM325,000 itu benar, Rosmah berkata: "Saya tidak ada masa untuk melayan semua ini".

Mengulas lanjut penafian Rosmah, Mahfuz mengulangi gesaan agar Najib dan Rosmah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.

"Heret akhbar tersebut ke muka pengadilan di Australia dan kemukakan tuntutan hukuman dan ganti rugi paling maksimum ke atas SMH jika benar laporan itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar,"
 kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mengulangi lagi ingatannya, Mahfuz berkata, jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku dalam keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang mendakwa tentang kaitan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Kalau benar tidak bersalah, takut apa mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia?

"Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyaman akhbar luar negara di negara akhbar itu sendiri dan oleh kerana beliau tidak bersalah, beliau menang kes tersebut dan mendapat ganti rugi yang lumayan pula," katanya.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, kalau Rosmah mendapat ganti rugi yang lumayan hasil tindakan undang-undang ke atas SMH itu, rakyat tidak marah kalau beliau berbelanja besar-besaran dengan wang ganti rugi itu.

"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.

"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak,
semuanya rakyat tak marah.

"Rakyat lebih suka lagi kalau Rosmah menderma, maklumlah sebelum ini beliau menderma sehingga RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Mana dia dapat duit, kita tak tau," kata Mahfuz.

Dalam seksyen 'Private Sydney' SMH, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai first lady of shopping (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. -HD

No comments:

Followers