Saturday, January 28, 2012

Angkara Ketua Kampung, ramai tak dapat RM500 BR1M?


Ramai warga kampung, sama ada yang miskin, tua dan ibu tunggal, menyatakan rungutan mereka kerana tidak mendapat wang bantuan RM500 BR1M, sungguhpun pada dasarnya mereka layak untuk menerima.

Kesemua borang mereka telah disalurkan melalui Ketua Kampung masing-masing, namun ramai yang merungut kerana bantuan mereka tidak kesampaian.

Mereka kesal kerana ada Ketua Kampung yang pandai-pandai menapis permohonan mereka sebelum diserahkan kepada pihak LHDN.

Sepatutnya, Ketua Kampung hanyalah bertindak sebagai orang tengah untuk membantu hasrat kerajaan menyalurkan bantuan kepada orang ramai. Tetapi, ada Ketua Kampung yang menapis permohonan tersebut mengikut sentimen mereka sendiri. Hanya sanak saudara dan orang-orang bawahan mereka sahaja yang di'lulus'kan.

Ada yang terkejut apabila mendapat surat pemberitahuan tidak layak untuk mendapat bantuan RM500 BR1M kerana pendapatan yang tertulis diborang adalah sebanyak RM5000 sedangkan beliau mengisinya dengan angka RM500. Mereka mensyaki terdapat pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap borang-borang mereka sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Berlainan dengan masyarakat Cina yang berbondong-bondong datang mengambil bantuan RM500 tersebut kerana pimpinan masyarakat mereka tidak mengamalkan sikap dengki terhadap bangsa sendiri. Malah mereka bertungkus-lumus memastikan setiap warganegara berbangsa Cina yang berpendapatan kurang daripada RM3000 mendapat bantuan tesebut, tanpa mengira latar belakang pemikiran politik mereka.

Bantuan RM500 ini adalah hak rakyat Malaysia yang layak, apa pula hak ketua-ketua kampung untuk menafikannya.

No comments:

Followers