Thursday, January 5, 2012

Beratus ribu pembeli rumah bankrap ditipu bank

KUALA LUMPUR: Beratus ribu pembeli rumah bankrap ditipu bank yang berpakat dengan pihak ketiga menipu mereka dedah sebuah NGO pengguna hari ini.

Berikutan itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan bertindak tegas melindungi pembeli rumah.

Penasihat PPIM Tengku Azwil Abdul Razak  berkata, pembeli bukan sahaja.bangkrap tetapi kerugian wang ringgit dan rumah.

"Bank berpakat dengan beberapa pihak lain dalam usaha memufliskan pembeli.

"Antara pihak terbabit ialah perunding projek, arkitek dan jurutera.  Mereka berpakat antara satu sama lain," katanya dalam sidang media hari ini.

Antara kes yang sedang ditangani PPIM ialah di Kelana Jaya dan Hulu Kelang, Selangor.

Aduan setiap hari

PPIM kata Tengku Azwil menerima menerima aduan mengenai perkara tersebut setiap hari dan setiap minggu.

Beliau berkata, apabila pembeli gagal menjelaskan ansuran beberapa bulan, peguam bank  menghantar notis untuk melelong rumah tersebut.

"Apabila pembeli mahu membayar semula tunggakan berkenaan bank mengarahkan dibuat dengan jumlah besar.

"Pengguna yang tidak mampu berbuat demikian menyebabkan bank memfailkan notis bangkrap di mahkamah.

"Ada juga kes dua nama pembeli untuk sebuah rumah.Pembeli kedua akan telefon pembeli pertama bila nak keluar dari rumah itu.

Inilah cara bank membangkrapkan pembeli rumah," katanya.

Gagal bayar 4 bulan

Seorang mangsa memberitahu pihak bank mahu melelong rumahnya di Kelang kerana gagal membayar ansuran selama empat bulan.

Chandramathy Subramaniam  membayar RM550 sebulan sejak mula dibeli pada tahun 2002.

Bagaimanapun, katanya detik malang itu tiba apabila beliau tidak menjelaskan bayaran selama empat bulan pada tahun 2005.

"Bank menghubungi peguam saya mengatakan rumah saya dalam proses dilelong.

"Saya mahukan menjelaskan tunggakan empat bulan tetapi bank minta saya membayar RM50, 000.

"Jika saya tidak bayar, rumah saya akan dilelong bulan Mac ini," katanya.

Sumber: freemalaysiatoday

1 comment:

Anonymous said...

huhh! Nasib baik aku tak kerja kat bank!

Followers