Segala kecuaian dan aktiviti-aktiviti pembaziran mesti dibenteras bersama demi kebaikan rakyat dan negara. Kerana pembaziran itu adalah sifat Syaitan seperti yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dalam surah Al-Israk ayat ke 27 yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang membazir itu dalah saudara Syaitan"
Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara bertekad dalam menyusun atur program transformasi dan reformasi agar matlamat dan kebaikkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan itu dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tanpa membatasi etnik ,bahasa dan perbedaan budaya. Maka Pakatan Rakyat telah berikrar dalam Dasar Bersama yang menjadi paksi kesepakatan dan dasar ini adalah iltizam kami untuk mengalih hala tuju Negara dan bangsa ke landasan yang betul.
Asas-asas yang dijelaskan dalam Dasar Bersama adalah:-
1. Memartabatkan dan menyuburkan demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mapan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.
3. Keadilan sosial yang menjamin pembangunan insan secara menyeluruh
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara yang adil-setara.
Justeru Pakatan Rakyat peringkat Negeri Perak akan mengadakan satu Majlis Pelancaran buku jingga, yang akan diadakan pada 13 Mac 2011 bersamaan hari Ahad, jam 9 Malam bertempat di Markas PAS Pekan Chemor, Ipoh Perak
Antara pimpinan yang akan menjayakan majlis tersebut ialah, YB Dato' Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS ), Ust. Abu Bakar Hussain (Pesuruhjaya PAS Perak), YB Dato' Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), Dr. Muhamad Nur Manuty (Pengerusi MPN PKR Perak) dan YB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat ).
Pakatan Rakyat Perak, seluruh rakyat serta rakan-rakan media untuk turut hadir dalam majlis pelancaran buku jingga tersebut,.
Dengan berbekalkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, marilah kita berganding tenaga untuk memastikan perencanaan dan matlamat yang kita sasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat kita laksanakan. Semoga,pelancaran Buku Jingga ini dapat mengembalikan semula semangat perjuangan kita untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.Oleh itu saya menyeru kepada semua,
"Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"
Misbahul Munir Haji Masduki
( Pengarah Bersama Majlis Pelancaran
No comments:
Post a Comment