Sunday, March 6, 2011

Kita tuko, kita tuko



Kita bako, kita bako...itulah ayat yang dinyatakan watak Usop didalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Usop menggesa agar rumah Kak Limah dibako kerana tidak tahan lagi dengan gangguan hantu Kak Limah.

Bagaimana kalau adegan dan kata-kata Usop itu diterjemahkan semula kedalam kempen pilihanraya kecil di Dun Kerdau dan Merlimau?

Oleh kerana rakyat Kerdau dan Merlimau sudah tidak tahan lagi dengan penipuan dan pembaziran kerajaan negeri, mereka beramai-ramai akan melaungkan 'Kita Tuko, Kita Tuko' semasa pengundian di dua dun tersebut berlangsung.

Umno senantiasa mengatakan bahawa hanya merekalah yang dapat memberikan pembangunan kepada rakyat, tetapi realiti yang berlaku adalah sebaliknya.

Setelah 53 tahun kita merdeka dan Umno memerintah, pekan Kerdau masih tak ubah seperti zaman penjajahan Jepun dahulu ataupun biasa disebut sebagai pekan koboi. Inikah pembangunan yang mampu diberikan kepada rakyat selama ini?

Lihat saja gambar-gambar pekan Kerdau dibawah ini:-




Sampai bila rakyat hanya dibiarkan hidup umpama dalam reban (gambar bawah) asalkan terus menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Ayuh warga Kerdau dan Merlimau, jangan tertipu lagi. Jom kita laungkan kata-kata Usop, "Kita Tuko, Kita Tuko".

Followers