Sunday, March 27, 2011

Akad Nikah Zamani & Atie - 18.03.11


Akad Nikah Ahmad Zamani Bin Ahmad Zaaba dan Noryasadati Binti Ahmad telah dilangsungkan di Masjid Lahat Baru jam 6.30 petang hari Jumaat lalu.

Pernikahan yang disempurnakan oleh Naib Kadi Lahat, Haji Wahab bersama dua pasangan pengantin yang lain dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Keluarga pengantin lelaki dan perempuan menyaksikan majlis akad nikah

Kadi membacakan khutbah nikah

Pak mertua kelihatan tenang manakala menantu masih gelisah tak menentu

Akad dilakukan sendiri oleh wali pengantin perempuan, Imam Ahmad

Dengan hanya sekali lafaz, gelaran suami sah digenggam

Wajah lega pengantin

Tok kadi

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang

Lafaz taklik

Sain untuk sehidup semati

Sah kini bergelar Pak Mertua dan Menantu

Duit nikah dibayar

Tanda penghargaan bapa pengantin lelaki


Solat Sunat Nikah

Ucapan tahniah juga diterima daripada ibunda


Jelingan buat lelaki yang kini bergelar suami

Hadiah buat isteri tersayang, gelang penyeri tangan

Tanda taat setia, semoga berbahagia selamanya

Bergambar buat tatapan keluarga

Selamat Pengantin Baru, layarkanlah bahtera rumahtangga sepertimana tinggalan sunnah Rasulullah, semoga kekal bahagia dibawah lindungan rahmatNya

No comments:

Followers