Diwaktu pilihanraya begini, pelbagai mak nenek janji akan ditabur untuk meraih undi. Tetapi, belum menang lagi, janji hanyalah tinggal janji. Yang melopong, pihak yang dijanjikan manakala yang tak pasal-pasal untung, orang lain yang dipanggil kroni.
Kisahnya di Dun Merlimau, penternak lembu yang aktif telah dijanjikan dengan bantuan sebanyak 2 ekor lembu seorang, tetapi apabila kelulusan diperolehi, bukanlah milik mereka akan lembu-lembu tersebut kerana telah ditukarkan kepada nama penternak yang tidak aktif termasuklah orang-orang politik yang tidak menternak lembu (cuma perangai dan otak macam lembu).
Tontonlah video diatas untuk mendengar keluhan penternak-penternak yang menuntut janji lembu pihak kerajaan BN Melaka.
Janganlah suka 'melembukan' orang dengan perangai politik lembu.
No comments:
Post a Comment