Saturday, August 16, 2008

Nostalgia Forum Perdana


Malam Nostalgia Forum Perdana telah berlangsung di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh bagi mengimbas kembali kegemilangan siaran langsung Forum Perdana suatu ketika dahulu yang disiarkan oleh RTM.

Para panel yang senantiasa muncul pada ketika itu kini telah berada didalam jemaah Pas dan sudah pastilah tiada lagi peluang untuk mereka muncul dikaca tv negara kita.

Oleh yang demikian, bagi mengenang kembali nostalgia tersebut, maka pengelola Muktamar Pas telah mengadakan satu slot untuk Nostalgia Forum Perdana dengan ahli panel yang memang tak asing lagi dan cukup popular semasa rancangan Forum Perdana di tv dahulu.

Mereka yang dimaksudkan adalah Prof. Dato Dr Harun Din, Ustaz Taib Azamuddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Pengerusi majlis telah diamanahkan kepada Ustaz Misbahul Munir dengan tajuk yang dipilih adalah 'Pas untuk Semua'.
Saya rasa andaikata Dato Dr Hassan Ali yang mempengerusikan majlis forum perdana malam ini, tentu lebih terasa nostalgianya kerana Dato Dr Hassan Ali adalah bekas pengerusi siaran tersebut dahulu.

Diakhir forum, Prof. Dato Dr Harun Din telah membacakan doa kepada kesemua yang berhajat dan membawa air untuk dibuat air penawar.

No comments:

Followers