KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri hanya sempat menatap wajah anak ketiga mereka selama 48 jam sahaja sebelum bayi yang cukup sifat itu mati akibat tercekik susu di sebuah rumah setinggan di Jalan Tiga dekat Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.
Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram ketika dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Sabtu lalu itu mati apabila ibunya, Vijaya Lechmi, 31, mendakwa dia terlupa menepuk belakang badan bayinya itu selepas menyusukannya pukul 12.30 tengah malam.
Menurut wanita itu, dia langsung tidak teringat pesan jururawat di HKL tersebut kerana terlalu penat selepas dibenarkan pulang pukul 3 petang kelmarin kerana terpaksa bersengkang mata untuk menjaga bayi itu ketika berada di wad bersalin.
Katanya, sebaik terjaga pukul 4.50 pagi, dia mendapati bayinya yang bakal diberi nama Kaveri sudah tidak bernyawa lagi dengan muka dan badannya telah lebam.
"Saya cuba memeriksa suhu badannya. Sekejap badan dia panas... sekejap badan dia sejuk sebelum saya nampak tangannya pula lebam. Saya cuba menepuk-nepuk badannya tetapi dia tidak memberi tindak balas," katanya semasa ditemui semalam.
Vijaya memberitahu, dia kemudiannya membawa bayinya ke HKL untuk mendapatkan rawatan, tetapi doktor mengatakan anaknya telah meninggal dunia.
Sementara itu, suami Vijaya, M. Shankar, 38, berkata, dia menerima kejadian itu dengan hati yang tenang walaupun rasa terkilan akibat kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Ajijoi - Suatu perkara yang terkadang tak terfikir boleh terjadi.
No comments:
Post a Comment