Friday, January 24, 2014

Kutub bumi kian menyongsang, Malaysia bakal menjadi negara 4 musim tak lama lagi?

Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

saljidimalaysia

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012′.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

http://billyinfo.blogspot.com/2013/12/kutub-bumi-kian-menyongsang-malaysia.html

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

http://billyinfo.blogspot.com/2013/12/kutub-bumi-kian-menyongsang-malaysia.html

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Wednesday, January 22, 2014

Kerana dadah, budak 2 tahun yang terima padah

Malam ini hati, fikiran dan perasaan aku jadi tak tenang. Semuanya kerana menonton berita tadi mengenai kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun yang dibunuh secara kejam di Terengganu.

Dilaporkan juga, ibu saudara mangsa mengatakan yang kanak-kanak itu telah diliwat dan dirogol sehingga ususnya terkeluar. 

Yang dituduh membunuh itu pula dikatakan teman lelaki mak budak tu, dan penagih dadah. Mereka dah pun ditahan polis untuk siasatan.

Gambar mangsa pula berlegar di alam maya. Penuh facebook dengan gambar mangsa semasa hidup dan setelah mati. Begitu juga gambar saspek dan mak budak tu sekali.

Aku jadi trauma bila mengenangkan macam mana la perasaan si pembunuh itu semasa melakukan perbuatan sekejam itu.

Bagaimana pula perasaan ibu mangsa apabila dikatakan bersubahat sama dalam perbuatan kejam itu.

Dan paling trajis, bagaimanalah keadaan budak tu semasa dilakukan sebegitu.

Aku seorang bapa yang anak perempuanku hampir sebaya dengan mangsa. Tak tahu dan tak mahu kufikirkan bagaimanalah perasaan ayah mangsa yang ketika ini berada di penjara, juga kerana dadah.

Tak tahulah sama ada aku boleh lena malam ini disebabkan trauma kes yang ini.

Ya Allah, lindungilah kami daripada perkara-perkara yang sebegini. Kami mohon agar dijauhkan daripada menjadi mangsa kekejaman mahupun sebagai seorang yang kejam.

Kanak-kanak perempuan dibunuh kejam di Terengganu

indexDUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak separuh bogel itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 3.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.

Katanya curiga dengan bau itu, dia bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik air rumah tersebut.

“Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas. Kita masih mengesan identiti mayat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. – Bernama

Nak makan malam bersama Mat Sabu & Nizar? Baca ni...

Kome tak teringin ke nak makan malam dengan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohammad Sabu? 

Bukan dia seorang saja, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak tu pun ada. 

Ada lagi, YB Radzi Zainon Adun Sg Rapat yang berjaya mengalahkan Dato' Hamidah Osman semasa PRU13 yang lalu pun ada sama. 

Bukannya makan malam biasa-biasa macam lepas ceramah tu. Ni makan malam di hotel. Tempat high class punya. Makan pun standard hotel punya menu. 

Kalau teringin, bolehlah beli kupon untuk sertai Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat di Hotel Tower Regency, Ipoh pada 9 Februari 2014 (Ahad) nanti. 

Tak mahal, cuma RM50 untuk satu tempat duduk atau RM500 untuk satu meja (10 orang). Harga kupon tu bukan dikira sebagai duit makan tetapi sumbangan anda kepada perjalanan gerakerja Pusat Khidmat Dun Sg Rapat yang di terajui oleh YB Radzi Zainon dan Pas Gopeng. 

Jualan kupon makan malam itu telahpun berlangsung, eloklah booking tempat anda secepat mungkin kerana tempat adalah TERHAD, siapa cepat dia dapat. 

Macam mana nak dapatkan kupon? Kome boleh contact cawangan Pas di tempat kome ataupun call terus ke nombor ini: 017-5862390(Ahmad) dan 012-5197427 (Samsuri).  

Nak bergambar dengan Mat Sabu dan Nizar untuk buat kenang-kenangan? Kabo aje pada sapa-sapa yang gantung kamera beso kat tengkuk dia tu, gerenti beres punya. 

Ok, jumpa malam tu nanti di hotel ye. 


Tuesday, January 21, 2014

Warga teraniaya di Sweden perlu kita selamatkan

Sekarang sudah heboh satu Malaysia kisah Pn Shalwati dan suami ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anaknya kerana tak solat.

Kebetulannya Pn Shalwati yg kami panggil Shal adalah rakan satu Universiti saya dan isteri sewaktu kami sama-sama menuntut di University of the Pacific, Stockton California, Amerika Syarikat dulu.

Benda ini kecik aje sebenarnya, pukul sedikit kat tangan tak solat budak2 biasa lah.

Yg jadi masalahnya ini di negara Sweden. Org mungkin kata ini isu org Kapiaq Kristian org Barat anti Islam, tapi tak ada kena mengena sebenarnya. 
Shal dan keluarga terperangkap dalam sistem social enterprise di Sweden yg menjadikan foster parents (keluarga angkat) dan orphanage home (rumah anak yatim) sebagai bisness dlm sebuah  kisah perniagaan enterprise yg besar.

Rantaian "bisness" mereka ini begitu besar dan melebar dari atas ke bawah yg mewujudkan beribu2 peluang pekerjaan dan subsidi kerajaan yg lumayan.

Dlm keadaan rakyat Sweden yg hanya punyai anak sekitar dua orang satu keluarga, adalah sukar mencari anak2 yatim utk di "feed" ataupun disuapkan kepada bisness social enterprise ini.

Tanpa anak2 angkat ini, maka beribu2 peluang pekerjaan untuk pekerja kebajikan dan sistem subsidy sosial ini akan ranap dan pupus; lantas mereka mensasarkan keluarga2 asing/immigrant dari luar yg datang menetap di Sweden seperti dlm satu kes keluarga dari Afrika yg anaknya ditoreh sedikit wajahnya kerana adat. Tak pasti mcm mana kes sebenar, tapi menurut sumber akhir sekali mak ayah boleh balik ke negara asal, tapi anak2 diambil. 

Mcm tu juga dgn satu kes yg melibatkan keluarga Russia, diberitakan anak2 juga diambil.

Menyedari tentang perkara ini dan khuatir anak2 Shal juga berakhir dengan nasib yg serupa, saya atas kapasiti sebagai seorang individu yg punyai anak-anak sebaya anak2 Shal memohon campur tangan semua pihak2 yg prihatin, agar dapat berbuat sesuatu dan membawa pulang anak-anak mereka ke bumi Malaysia ini seberapa segera.

Akidah anak-anak ini sedang berada dalam taruhan.

Terima Kasih

Mohd Monier Bin Mat Din
Bekas 
Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia.
University of the Pacific,
Stockton. California. USA.

*Satu bingkisan prihatin anak bangsa kita yang berada di luar negara yang perlu kita semua ambil tahu dan lakukan apa yang termampu untuk membantu. 

Ini bukanlah kisah politik, kisah hak kebebasan ataupun kisah-kisah yang bisa diangkat sebagai isu semasa untuk diperkatakan oleh semua. 

Tetapi, inilah satu kisah yang membuka ruang dan peluang untuk semua memberikan sedaya mungkin untuk menyelamatkan AKIDAH warganegara kita yang jauh terpisah lautan luas dan masa.

Inilah jalan JIHAD buat yang berkuasa diantara kita untuk  membawa pulang warga kita ini ke pangkuan ummah agar Iman dan akidah di dada dapat dibela dan terpelihara.

Saya menyeru agar kita bertindak menyelamatkan mereka sekeluarga, bukan hanya sekadar mengeluh atau mencemuh setelah membaca kisah mereka di media sahaja.


Friday, January 17, 2014

Kebakaran rumah lama di belakang Masjid Tengah


Pagi ini saya berkesempatan menyaksikan satu kebakaran besar yang melibatkan hampir 10 deret rumah kayu di belakang Masjid Panglima Bukit Gantang ataupun lebih dikenali dengan nama Masjid Tengah yang berusia lebih 100 tahun.

Kebakaran dapat diselamatkan setelah ketibaan pihak bomba. Agak cemas juga jika bomba lewat tiba kerana api yang marak telah mula menghampiri bangunan masjid lama itu. 

Sempat saya merakamkan detik-detik cemas itu untuk dikongsikan bersama. 

Wednesday, January 15, 2014

Gaji maksima kerani bank dibawah paras kemiskinan

Jika ditahun 80an dan 90an dahulu, pekerja perkeranian di bank-bank boleh mendongak dagu apabila berjalan kerana mereka di anggap antara yang bertuah jika dibandingkan gaji mereka dengan pekerja sektor awam (kerajaan).

Slip gaji mereka sah diperlakukan di mana-mana saja institusi kewangan untuk melakukan apa-apa saja transaksi ataupun pinjaman.

Saban tahun, ramai yang melancung dalam dan juga luar negara selepas menerima bonus tahunan. Tambahan pula yang punya simpanan saham yang diberikan oleh pihak bank sebagai tanda penghargaan kepada para pekerja mereka.

Tetapi, itu semua hanya tinggal kenangan.

Roda kehidupan telahpun melakukan satu pusingan yang lengkap.

Kini, pekerja sektor awam (kerajaan) lebih beruntung daripada pekerja perkeranian di bank-bank di Malaysia ini. Slip gaji mereka lebih bernilai biarpun telah dipotong semaksima mungkin. 

Kenaikan gaji mereka yang diransang oleh iklim politik negara telah melonjak beberapa kali ganda daripada pekerja bank. Walaupun sektor awam hanya berteraskan perkhidmatan manakala sektor perbankan lebih mengutamakan keuntungan, namun itu semua tidak diambil kira.

Sungguhpun rata-rata keuntungan bank di negara ini telah mencecah bilion ringgit saban tahun, tetapi nasib pekerja mereka masih tiada pembelaan. Keuntungan itu dikongsi isinya antara direktor dan pemegang saham bank manakala para pekerja hanya dihidangkan kuah sahaja sebagai upah.

Sebagai contoh, semakan gaji akan dilakukan setiap tiga tahun sekali dengan pihak bank sebagai majikan yang diwakili oleh MCBA (Malaysia Commercial Banks Association) dan juga NUBE (National Union of Bank Employees) yang menjadi wakil kepada pekerja bukan eksekutif (kerani dan juga messenger/penghantar surat) untuk menandatangani perjanjian kolektif (CA - Collective Agreement) bagi tangga gaji yang baru dan apa juga faedah yang diperbaharui bersama.

Oleh yang demikian, setiap tiga tahun, pekerja bank akan menerima kenaikan gaji yang baru. (Kenaikan gaji ini juga dinikmati oleh pekerja eksekutif bagi menjarakkan tangga gaji mereka).

Tetapi, perjanjian bersama (CA) yang di usulkan bermula tahun 2012, sehingga kini masih menemui jalan buntu dalam menyelesaikannya. 

Telah dua tahun berlalu, masih tiada apa-apa keputusan yang dibuat sehingga memaksa pihak kesatuan membawa perkara ini ke Mahkamah Perindustrian. 

Sungguhpun demikian, pihak bank masih lagi bermain tarik tali sehingga hampir setahun, barulah pendengaran kes di  mahkamah dapat dijalankan awal Januari lalu setelah beberapa kali ditangguh.

Peratus kenaikan gaji yang diminta oleh kesatuan adalah sebanyak 51% (setelah diambil kira keuntungan bank, kenaikan gaji tahunan CEO bank dan juga kenaikan harga barangan dan kos sara hidup) tetapi bank tetap berpegang dengan tawaran mereka sebanyak 8% sahaja.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa pekerja di bank itu lumayan bayarannya kerana keuntungan bank yang berbilion dan suasana kerja yang berhawa dingin dan bertali leher.

Sedar atau tidak, seorang pekerja perkeranian bank akan mencapai tahap gaji maksima setelah bekerja lebih daripada 20 tahun. 

Tetapi gaji maksima itu berada di bawah paras kemiskinan iaitu RM4000 (kawasan bandar) sekarang ini? 

Gaji maksima yang diterima sehinggalah bersara hanya sebanyak RM3,379 (gaji pokok) tanpa ada apa-apa kenaikan tahunan melainkan perjanjian bersama (CA) yang baharu dimeterai.

Bayangkan bagaimana mereka malayari kehidupan dengan gaji yang sebanyak itu di masa sekarang ini.

Dan lebih menyedihkan, lebih 90% daripada mereka adalah orang Melayu yang dinafikan hak kenaikan gaji lebih 2 tahun tanpa sedikit pun rasa belas ehsan daripada bank-bank utama negara. Bank-bank ini memegang tonggak MCBA yang menentukan keputusan kenaikan gaji tersebut, dan bank-bank ini adalah yang berkait dengan kerajaan. 

Kini, ramai daripada pekerja bank yang terpaksa menanggung pelbagai hutang untuk meneruskan hidup sementara menantikan sinar baru dalam pertikaian masalah kenaikan gaji mereka.

Semoga mereka tabah dalam mengharungi keperitan hidup sementara menantikan terbukanya pintu hati para peneraju institusi perbankan negara untuk berkongsi keuntungan yang diusahakan bersama.

Tuesday, January 14, 2014

Jamuan Makan Malam Pelancaran Dana Kebajikan Pusat Khidmat Dun Sg Rapat


Pas Gopeng akan mengadakan Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Kebajikan Pusat Khidmat Dun Sg Rapat pada  9 Februari 2014, Ahad jam 7.30 malam di Hotel Tower Regency, Ipoh.

Tujuan majlis makan malam ini dibuat adalah untuk mengumpul dana bagi Pusat Khidmat Dun Sg Rapat menjalankan aktiviti-aktiviti serta program yang melibatkan masyarakat di dalam Dun Sg Rapat.

Majlis Makan Malam ini akan turut disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dato' Seri Haji Nizar Jamaluddin, Adun Changkat Jering selain daripada Adun Sg Rapat sendiri, Sdr Radzi Zainon.

Untuk menyertai majlis makan malam ini, anda hanya perlu membeli kupon yang berharga RM50 seorang ataupun RM500 untuk satu meja (10 orang). 

Kupon-kupon telah mula dijual (seperti gambar di atas). Untuk mendapatkan kupon anda, hubungi cawangan-cawangan Pas di dalam Kawasan Gopeng dan Dun Sg Rapat ini. 

Semoga dengan penyertaan anda di dalam majlis makan malam ini dapat mengumpulkan dana bagi kegunaan Pusat Khidmat Dun Sg Rapat serta Adunnya, Sdr Radzi Zainon membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Apa-apa jua sumbangan yang ingin disampaikan selain daripada membeli kupon bagi menjayakan program makan malam ini amatlah dialu-alukan. 

Salam Maulidur Rasul


Bersempena dengan hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW hari ini, diucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua. 

Semoga cuti hari ini tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Sebaliknya, isilah masa anda dengan berselawat ke atas junjungan Baginda serta tambahkanlah ilmu-ilmu agama serta membaca sirah Nabi dan pengajaran daripada dakwah Baginda SAW.

Semoga kita semua berjaya menjadikan diri sebagai umat Nabi Muhammad SAW sepertimana yang dimahukan Baginda, bukannya hanya sekadar pada kata-kata.

Allahumassalli ala Muhammad, wa ala alihi wasahbihi wassallim. 

Friday, January 3, 2014

Havoc sekolah kembali

Musim baru persekolahan bermula semalam. Daripada anak-anak sehinggalah kepada mak bapak, semuanya kembali havoc dengan jadual harian yang sibuk dan ketat.

Anak-anak kembali dengan ritual asal mereka, seawal pagi dah havoc bersiap-siap untuk ke sekolah. Balik sekolah pula, ada yang sambung dengan sekolah agama rakyat dan terus ke pusat tuisyen disebelah malamnya.

Mak bapak pula kembali havoc dengan jadual perjalanan menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah. Waktu makan tengahari pun dah jadi kelam-kabut apatah lagi kalau yang ada anak ramai bersekolah. Kena pula yang berlainan waktu pulangnya kerana tahap yang berbeza. Pening.

Havoc yang datang bersama tahun baru juga lebih merunsingkan. Havoc yang berpusing dari dalam poket dan terus naik ke benak fikiran, mengganggu sentiasa memikirkan tentang kenaikan harga segala-galanya masakini. 

"Baju sukan belum ada stok sebab harganya dah naik tahun ni, pihak sekolah belum beli lagi."

"Peniaga kantin minta dinaikkan harga jualannya kerana sekolah lain pun dah naik harga. Nasi lemak yang dulu jual lima puluh sen sekarang dah jadi seringgit."

"Duit yuran tak perlu bayar dulu sebab kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang bayaran sehingga bulan tiga nanti."

Ini antara dialog-dialog yang diluahkan guru-guru sewaktu menghantar anak ke sekolah semalam. 

Havoc kenaikan harga barangan turun tempias sehingga ke dalam sekolah. Gigitannya tiada mengira tempat dan usia. Juga tiada jurang bangsa yang dapat mengelak daripadanya.

Havoc ini perlu ditangani bersama. Tersepitnya warga tanpa dipinta. Doakan kita tidak hilang punca ditekan dan ditelan amukan havoc ini. Allah ada sentiasa bersama kita.

Tersepitnya ibu bapa dengan havoc harga, anak-anak pula ada yang tersepit dengan bangku sekolah. Macam-macam ragam havoc sesi persekolahan tahun ini. 




Thursday, January 2, 2014

Selamat NAIK Tahun Baru 2014

2014, tahun baru yang dinantikan atau yang kalau boleh hendak dielakkan.

Kenapa mahu dielak, paling tidak pun ditangguhkan? Kerana tahun 2014 adalah tahun kenaikan segala macam harga barangan dan juga cukai. Kenaikan yang pastinya akan menjerut bukan saja perut rakyat, malahan leher juga akan terjerut sama.

Ada yang kata angka 4 dihujung tahun baru ini membawa maksud 'sei' atau mati sepertimana sebutan Cina. Kerana itulah ramai yang akan 'sei' di tahun ini. Nauzubillah. Jangan percaya kepada 'ong' atau sial sesuatu angka dan huruf.

Kenaikan sesuatu harga barang dan juga cukai sudah pasti akan menyusahkan, apatah lagi dikala kenaikan gaji pula tidak kunjung tiba.

Cuba tanya pekerja perkeranian di bank-bank. Mampukah  mereka bertahan dengan kenaikan ini tatkala gaji mereka telah 2 tahun masih tiada kenaikan lagi. 

Bukan semua kenaikan itu membawa keburukan. 

Sempena tahun baru ini, marilah sama-sama kita menaikkan amalan dan kebaikan kita. Tambahlah ilmu di dada agar martabat agama dan bangsa juga dapat dinaikkan. Sama-samalah kita doakan.

Oh ye, doakan juga agar semangat saya untuk terus menulis di blog ini turut NAIK.

Sekali lagi, Selamat NAIK Tahun Baru 2014. 

Followers