Wahai pengundi Teluk Intan, jika anda mahukan harapan baru, politik baru, sokongan anda tentunya terletak pada calon yang baru.
Ideanya baru, semangatnya baru, tenaganya baru dan perjalanannya juga masih baru. Barulah masa hadapan anda juga mengorak ke arah serba baru.
Inilah yang ditawarkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kepada anda semua.
Seorang calon muda yang berdimensi baru, yang merentas sempadan bangsa dalam negara yang mengharmonikan pelbagai bangsa dan rasa.
Disinilah batas perkauman perlu dirobohkan bagi membina sebuah negara yang seronok untuk digelar sebagai tempat tinggal.
Untuk menyampaikan segala hasrat anda ini dan merealisasikan impian kita bersama, mandat anda diperlukan untuk membawa anak muda yang berkeupayaan dan petah tutur kata ini ke dalam Parlimen bagi mewakili Teluk Intan.
Hanya satu nama yang perlu anda ingat dan pilih di hari pembuangan undi tiba hadirnya 31 Mei ini nanti, Dyana Sofya Mohd Daud.
Bukannya seorang calon lagi yang berada dipenghujung karier bersama dengan parti Gerakan pimpinannya.
Ayuh kita tolak parti yang menghidangkan suasana perkauman dan sentiasa menyokong parti yang mengutamakan perpaduan.
Sekali lagi saya ingatkan, calon muda Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP adalah pilihan yang paling tepat untuk warga Teluk Intan sekalian.
Anda pernah melakukannya sebelum ini di dalam PRU13, sudah pasti anda boleh melakukannya sekali lagi.
No comments:
Post a Comment