Thursday, May 1, 2014

Takziah pada ahli keluarga Mendiang YB Seah Leong Peng


PAS Perak mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang YB Seah Leong Peng atas kematiannya pagi tadi. PAS Perak mensifatkan mendiang seorang yang cukup mesra dan prihatin dengan rakyat dan rakan-rakannya. Beliau menjadi wakil rakyat sejak 1990 lagi dan pernah menjadi Ahli Exco Kerajaan PR Perak pada tahun 2008. PRU 13 beliau memenangi kerusi Parlimen T Intan. 

Jasanya pada rakyat di Teluk Intan sukar untuk dicari ganti, justeru itu mendiang sentiasa menang dalam pilihanraya sejak tahun 1990 dengan majoriti yg besar. 

Pemergiannya buat selama-lama merupakan kehilangan yg besar kepada rakyat di Teluk Intan. Kepada ahli keluarga mendiang YB Seah Leong Peng diharap bersabar dan PAS Perak turut berasa sedih dan simpati atas pemergiannya. 

Misbahul Munir b Masduki
Ketua Penerangan PAS Perak


*YB Seah Leong Peng meninggal dunia jam 7.30 pagi 1 Mei 2014 akibat sakit barah.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...