Sunday, May 11, 2014

Kembara Syahadah bersama Ustaz Fadli Yusof di Surau Al-Ehsan, Ipoh


Nama pendakwah yang aktif mengembara di bumi di bawah bayu, Sabah untuk menyebarkan syiar Islam serta mengislamkan ramai penduduk di sana memang tidak asing lagi. 

Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh amat bertuah kerana berpeluang menerima pelawaan NGO Tautan Rahmat Perak untuk membawa aktivis dakwah ini memberikan kuliah Maghrib malam Isnin ini. 

Ketua misi As-Syahadah yang telah berjaya mengislamkan lebih 300 orang saudara baru dengan kumpulannya yang berpengkalan di Pensiangan, Sabah ini akan memberikan mutiara kata mengenai debu-debu perjalanan serta ranjau sepanjang perjuangan beliau dalam menyampaikan dakwah. 

Bagi para daie serta pendakwah mahupun hanya insan biasa yang bersifat khalifah dibumi Allah ini perlu hadir bagi sama-sama mengutip butiran emas yang akan ditaburkan beliau nanti. 

Beliau yang saya maksudkan adalah Ustaz Fadli Yusof dan kedatangan muslimin dan muslimat sekalian ke Surau Al-Ehsan pada 12 Mei ini amat beliau nanti-nantikan. 


No comments:

Followers