Tuesday, May 13, 2014

Ceramah Kembara Syahadah di Surau Al-Ehsan (Video di dalam)



Ceramah mengenai misi kumpulan Kembara Syahadah menempuh perjalanan jauh sehingga ke pendalaman Sabah telah disampaikan oleh ketuanya iaitu Ustaz Mohd Fadli Yusof malam tadi.

Kehadiran agak memberangsangkan di Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh untuk mendengar pengalaman serta ilmu-ilmu dalam menyampaikan dakwah kepada yang belum Islam.

Program anjuran bersama Surau Al-Ehsan dan NGO Tautan Rahmat Perak ini merupakan salah satu daripada siri-siri ceramah yang disusun atur oleh Tautan Rahmat Perak untuk Ustaz Mohd Fadli di negeri Perak.

Semoga program ilmiah seperti ini akan berterusan mendapat tempat di hati kita semua.







No comments:

Followers