Thursday, May 1, 2014

1Mei: Penghargaan kpd semua warga pekerja


PAS Perak menghargai penat lelah dan jerit perit seluruh warga pekerja yg akan menyambut Hari Pekerja esok hari. 

Pengorbanan warga pekerja tiada taranya di negara ini. Sekalipun ramai warga kerja mendapat gaji yg rendah dan tidak setara dgn kerja yg dilakukan,  namun mereka tetap menunaikan amanah dgn penuh tanggung jawab. 

Ramai pekerja di negara masih pendapatannya dibawah paras kemiskinan, apatah lg tinggal di bandar, berkeluarga dan berbagai kos hidup yg terpaksa ditanggung. Namun kerajaan masih gagal memberi gaji minima yg sesuai dgn kos hidup yg semakin tinggi. 
Sempena hari pekerja esok, wajar golongan pekerja memperkuatkan tuntutan gaji minima kpd pihak kerajaan. 

Gunakan saluran tertentu bg menuntut hak pekerja. PAS Perak sangat simpati dgn golongan ini dan turut memperjuangkan nasib serta masa depan mereka. 

Golongan pekerja hendaklah turut menjadi penentu kepada masa depan negara yg lebih baik dari aspek pembangunan ekonomi. Golongan pekerja bkn hanya menjadi pak turut terhadap polisi kerajaan yg menindas mereka. Hak pekerja di jamin dalam akta buruh malahan di jamin oleh pertubuhan buruh sedunia. Gunakan hak2 tersebut untuk menuntut hak-hak pekerja melalaui kesatuan sekerja yg ada.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA.

Misbahul Munir Hj Masduki
Ketua Penerangan PAS Perak.

No comments:

Followers