Tuesday, December 14, 2010

Perak FA pun menipu juga

Oleh kerana Perak FA kini diterajui oleh pimpinan Umno, maka perjalanan penipuan didalam Perak FA pun bermulalah.

Dua gambar diatas apabila ditenung seperti berbeza tetapi apabila direnung ternyata sama. Kegatalan tangan untuk menipu telah mengubahsuai gambar asal mengikut citarasa mereka.

Gambar sebelah kiri diambil ketika perbicaraan kes Menteri Besar di Putrajaya manakala gambar disebelah kanan pula diambil daripada tiket perlawanan bolasepak Perak.

Nak tanya, apa perlunya menampal gambar kepala Presiden PAFA, Dato Zainol Padzi Paharuddin kebadan Dato Seri Nizar yang sedang bersalaman dengan Dato Seri Zambry Abdul Kader?

Takkan tak boleh diminta Zainol untuk bergambar bersalaman dengan Zambry memandangkan mereka sama-sama pimpinan Umno Perak? Ataupun memang mereka mempunyai masalah peribadi yang membuatkan mereka berdua tidak boleh berjumpa ataupun bertentang mata?

Yang paling kelakar sekali, takkan tiba-tiba saja si Zainol tu boleh lebih tinggi daripada Zambry. Minum susu apa agaknya yea?

2 comments:

drugbuster said...

mmg dah dasar umno menipu..tu la jd nyerrr

Addy Putra Mohd Noor said...

Salam encik..
saya x tau la encik ni nk cari publisiti ke ape..
tp ape yg encik pk 2 salah..
encik x tau titik mula hal ni..
bkn sape menipu sape..
kalo x tau jgn la kite menuduh tanpa bukti..
salam..

Followers