Friday, December 17, 2010

Adun Tenang meninggal, media utama cuba sorok?

Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia awal pagi ini. Berita mengenai kematiannya mula tersebar seawal pagi ini di ruangan maya twitter dan facebook.

Apa yang menyedihkan adalah media-media utama cuba mengelirukan rakyat dengan menyiarkan berita ditalian online mereka pada malam tadi dengan mengatakan bahawa Datuk Sulaiman Taha berada dalam keadaan stabil sedangkan Allahyarham pada waktu itu hanya bergantung kepada mesin talian hayat di sebuah hospital swasta di Selangor.

Kematian beliau menandakan satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Dun Tenang. SPR bakal mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Dun Tenang tidak lama lagi.

ADUN Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

NONEMenurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasata di ibu negara itu.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

azlanMenurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundiMelayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

2 comments:

otaklunyai said...

Alhamdullah!!!! Aurangzeb seekor mahkluk perosak bangsa dan agama... harap2 lepas ni rakyat sedar dimana Agama dan Bangsa mereka...

en.haji said...

orang islam ke otaklunyai tu ?

Followers