Saturday, December 11, 2010

Kembali aktif

Assalamualaikum.

Saya memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana telah lama menghilangkan diri dari alam maya ini. Blog ini juga bagaikan terbiar tidak dikemaskini buat tatapan para pengunjung yang masih setia bertandang.

Nak buat macam mana? Keadaan yang memaksa. Terpaksa menumpu sepenuh masa buat keluarga.

Suasana kini kembali seperti sediakala. Rindu benar rasanya untuk menggegarkan kembali alam blog seperti dulu-dulu.

Laptop kini sedang diupgradekan agar lebih tip-top lagi meletop.

InsyaAllah, sempena Maal Hijrah ini, mari kini bersama-sama mempergunakan teknologi blog ini untuk menyuluh kebenaran dan membongkar kemungkaran buat manfaat sekalian umat.

Kirimkan segala maklumat, gambar dan hebahan melalui e-mail sayajijoi_8@yahoo.com untuk dikongsi bersama.

Wassalam

Sent from my iPhone

1 comment:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Followers