Tuesday, December 21, 2010

Tawaran 100 hari PR, kenapa Najib dan Muhyiddin perlu gelabah?

Apabila Pakatan Rakyat berkata bahawa mereka cuma memerlukan 100 hari untuk merubah corak pemerintahan negara bagi kepentingan semua pihak, Umno mula gelabah.

Tepat sekali jangkaan Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat yang pemimpin BN akan mula memberikan jawapan resah mereka mengenai hal ini.

"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan" kata beliau sebelum ini.

Muhyiddin cuba menakut-nakutkan rakyat dengan 'lagu' lama Umno iaitu negara boleh muflis jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Mungkin Muhyiddin terlupa amaran yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara bakal muflis pada 2019 setelah 53 tahun Umno/BN memerintah.

Manakala Najib pula menyifatkan tawaran Pakatan tidak realiti sedangkan beliaulah yang mencadangkan untuk membina Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion. Realitikah bangunan setinggi itu dengan keadaan ekonomi negara yang semakin hari semakin menekan rakyat kebanyakan?

Mengapa pemimpin Umno perlu menggelabah apabila Pakatan Rakyat menawarkan program 100 hari ini kepada rakyat?

Dan apakah program 100 hari itu?

Ianya bertunjangkan kepada 10 asas untuk menjaya dan merealisasikan program ini. 10 perkara asas tersebut adalah:-

1. Mengheret perasuah-perasuah negara kemuka pengadilan.
2. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim.
3. Menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
4. Memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat.
5. Keutamaan kepada kebajikan terutamanya warga emas.
6. Dasar kemudahan kebajikan Wifi kepada seluruh negara secara percuma.
7. Mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.
8. Memperkukuhkan institusi agama.
9. Memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan diantara pelbagai penganut agama dinegara ini.
10.Menjadikan Polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak.

Memandangkan kesemua asas-asas 100 hari Pakatan Rakyat ini berlawanan dengan apa yang dilakukan sekarang oleh pimpinan Umno dan BN, memang patutlah Najib dan Muhyiddin menggelabah.

No comments:

Followers