Thursday, December 16, 2010

Najib, awaklah pengkhianat yang merompak wang peneroka miskin - Dr Tan Kee Kwong

Saya tertarik membaca tulisan Dr Tan Kee Kwong yang menjawab tuduhan Najib mengenai gelaran pengkhianat bangsa kepada yang mendakwa Felda bankrap.

Oleh kerana tulisannya didalam bahasa Inggeris, maka saya terjemahkan disini untuk bacaan kita bersama.

Wahai Najib,

Salam. Saya membaca akhbar-akhbar hari ini dengan penuh minat mengenai komen anda. Di dalamnya anda mengatakan bahawa sesiapa yang bercakap buruk tentang Felda dan mengatakannya bankrap, ia adalah pengkhianat kepada negara.

Kebenaran yang menyedihkan adalah selepas anda mengambil alih Felda pada 2005, anda telah menukar sebuah organisasi yang berjaya kepada kewangan yang mengerikan. Padahal, andalah pengkhianat yang telah merompak wang peneroka-peneroka miskin.

Saya pasti anda tahu bahawa untuk Pilihanraya Umum yang akan datang, skim Felda dan undi mereka menentukan lebih kurang 60 kerusi Parlimen. Daripada maklumat yang saya perolehi, ramai peneroka yang sangat marah. Mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan. Jika apa yang anda katakan adalah benar dan SEMUA peneroka berasa senang dan gembira dengan kerajaan UMNO / BN, mengapa tiba-tiba prihatin terhadap kebajikan peneroka? Mengapa terlalu banyak wang ditaburkan?

Sila jelaskan yang berikut:
1. Dalam 2001, wang simpanan Felda adalah RM4.5 bilion dengan TIADA pinjaman. Baru-baru ini, timbalan menteri anda menjawab yang simpanan wang telah merudum kepada RM1.2 bilion. Sedangkan kenyataannya selama 3 tahun yang lepas, harga CPO (Crude Palm Oil - Minyak Sawit Mentah) berada diparas yang begitu tinggi. Jika anda benar-benar menjaga Felda, simpanan wangnya sepatut kini sekurang-kurangnya RM8 bilion.

2. Ibupejabat Felda yang baru di KLCC. Dikatakan menelan kos sebanyak RM662 juta, sila jelaskan bagaimana bangunan enam bintang ini mampu membantu peneroka yang miskin, yang kebanyakannya hanya mendapat RM500 sebulan. Mengapa jumlah deposit yang besar iaitu RM235 juta dibayar sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan dibuat semasa pertemuan sulit dipejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya tanpa pengetahuan ataupun pengesahan ahli lembaga Felda? Baru-baru ini, Ahmad Maslan mengatakan yang ini adalah satu pelaburan yang sangat baik dan ianya telahpun membawa untung diatas kertas sebanyak RM300 juta. Bayangkan bagaimana dia membuat andaian itu sedangkan bangunan tersebut belumpun siap ataupun dijual!

3. Felda Global Ventures. Kita tahu bahawa Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion di dalam projek ini. Kita juga tahu sejak hari pertama ianya telah kehilangan wang, kenyataannya ia telah hilang RM300 juta. Projek Sungai Berkembar di USA, melabur RM500 juta, Projek menternak lembu dilaburkan RM600 juta. Oleh kerana anda menggelarkan kami sebagai pengkhianat, sila beritahu secara terperinci apa yang telah terjadi. Peneroka-peneroka di Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar, lembu-lembu import untuk projek ternakan lembu terpaksa dikurung didalam bilik yang berhawa dingin 24 jam sehari!

4. Mengapa perlunya meminjam daripada EPF? Sebelum anda memulakan Felda Global Ventures, Felda tidak pernah meminjam daripada EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua penyumbang EPF berhati-hatilah, wang anda digunakan untuk membiayai skim yang disangsikan yang dimulakan oleh Najib.

5. Skim Tabung tanam semula. Dibulan Ogos tahun ini, saya melawat ke Felda berhampiran Kemaman. Berbual dengan peneroka yang mahu menyaman Felda. Dia telah menyumbang kepada tabung ini selama 17 tahun yang mencecah RM17,000. Bagaimanapun, apabila dia menanam semula, dia tidak menggunakan wang daripada tabung ini tetapi telah menggunakan wangnya sendiri. Kini telah 3 tahun dia cuba untuk mendapatkan kembali WANGNYA, tetapi pengurusan Felda enggan membayar. Cuba bayangkan, jika Felda benar-benar ditadbir dengan baik dan banyak wang, mengapa tidak boleh membayar peneroka miskin ini sejumlah yang tak seberapa?

6. Peneroka Felda berkhemah diluar Ibupejabat Felda. Oktober tahun ini, terdapat laporan yang mengatakan ramai peneroka yang tidak gembira dengan Felda kerana enggan menjelaskan bayaran tanaman semula mereka. Jadi, kes yang sebutkan diatas telah merebak dan berlaku di banyak tanah rancangan seluruh negara.

7. Buah kelapa sawit dihantar kekilang. Di Felda Kemahang, Kelantan. Felda kalah di dalam kes yang membuktikan bahawa Felda tidak membayar jumlah yang sepatutnya dihantar ke kilang. Di dalam rayuan, Felda masih kalah kes tersebut. Kemudian selepas itu, and melawat tanah rancangan berhampiran Bahau. Dengan tidak menghormati keputusan mahkamah, anda telah mengeluarkan kenyataan bodoh iaitu Felda akan menggunakan khidmat peguam terbaik dan melawan kesemua kes yang berbaki di mahkamah. Baik untuk anda, anda akan membuatkan ramai lagi peneroka yang marah dengan anda.

SAYA CABAR ANDA

1. Bawa keseluruhan Felda kepada audit bebas dan umumkan keputusannya.
2. Felda mempunyai 43 anak syarikat, siarkan kesemua laporan tahunan mereka dan kemukakan juga untuk diaudit.

*Tulisan Dr Tan ini berdasar fakta dan mudah untuk kita fahami, siapa pengkhianat terhadap warga FELDA yang sebenar-benarnya.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...