Tuesday, December 21, 2010

RM10 juta peruntukan untuk blogger?

Sebagai sebahagian daripada jentera Barisan Nasional untuk menentang blogger pembangkang dan pro pembangkang, Umno dan PBB (Parti Persaka Bumiputera Bersatu) telah menubuhkan Dana Perang Siber sebanyak RM10 juta.

Kami menjemput rakyat Sarawak yang mempunyai jiwa kewartawanan untuk menghubungi atau mengunjungi mana-mana cawangan PBB, PRS dan SUPP untuk mendaftarkan diri kepada yang berminat.

Calon yang berkelayakan akan diberitahu didalam 7 hari.

Latihan akan dijalankan oleh New Straits Times, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) dan Utusan Melayu di Pusat Latihan UMNO di Janda Baik, Pahang.

Setiap blogger akan diberikan sebanyak RM30,000 untuk menaikkan blog mereka, sama ada portal web percuma ataupun berbayar, disamping dibayar elaun bulanan sebanyak RM5,000.

Kami menyeru rakyat Sarawak yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan diri di pejabat-pejabat parti komponen BN Sarawak.

Ianya adalah tanggungjawab anda untuk mempertahankan Sarawak daripada serangan bertubi-tubi Sarawak Report dan Radio Free Sarawak.

YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof

Membaca iklan diatas yang dipetik daripada laman Sarawak Talk dan juga Malaysia-Todaybagaikan menjawab pertanyaan orang ramai iaitu benarkah blogger-blogger Umno dibayar?

Dan iklan tersebut juga seolah-olah membuat undangan kepada orang-orang yang sanggup menggadaikan maruah, jati diri dan prinsip hidup dengan menjadi penulis upahan, bukan penulis berfikiran.

Tentunya berbeza diantara penulis upahan dan penulis berfikiran.

Penulis upahan: menulis kerana terpaksa, diupah untuk menulis sesuatu cerita tanpa mengira kebenarannya, betul salahnya, halal haramnya dan fakta ataupun rekaan semata.

Penulis berfikiran: menulis tanpa dipaksa, menafsir mengikut isu semasa, berfikir akan kebenarannya, sumber beritanya, akhlaknya dan risiko yang menanti dihadapan (dunia dan akhirat) jika tersalah lapor. Dan yang paling penting, berpegang dengan prinsip jati diri dan bertanggungjawab dengan apa yang diluahkan melalui tulisan.

Walaupun telah dinafikan oleh PBB, kemungkinan untuk ianya benar-benar menjadi kenyataan terlalu besar.

1 comment:

Mohamadazhan.com said...

salam, duit adalah paksi utama BN dalam berjuang. Lepas ni lahir banyak lagi pemfitnah2 BN dalam alam blogger ni

Followers