Saturday, October 16, 2010

Bajet untuk Rosmah daripada wang rakyat

Intipati Bajet 2011
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan
- RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
azlanWarisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020.
  • Satu lagi pembaziran. Apa perlunya dibazirkan RM5 bilion hanya semata untuk bangunan pencakar awan yang hanya bisa dipandang oleh rakyat bawahan tanpa apa-apa faedah kepada mereka?

  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
Perlukah pelaburan yang sebegitu banyak dengan mempertaruhkan wang pencarum. Adakah pelaburan yang sedia ada sekarang mendatangkan keuntungan yang banyak kepada pencarum?
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.
Barangan kegemaran pelancong? Jika ianya barangan impot, bukankah pelancong dengan mudah boleh mendapatkannya di luar? Adakah dikatakan syurga beli belah jika kita mengimpot barangan luar lalu menjualnya kepada pelancong luar?
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel(Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
Berapa sangatlah jumlah cukai jualan telefon bimbit jika dibandingkan dengan harga pelan broadband untuk melayari internet melalui telefon bimbit? Adalah lebih baik jika dikurangkan harga data internet telefon bimbit untuk kegunaan awam dimana saja, bila-bila masa.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
azlan
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatandinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempohcuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamakubantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
Sebelum ini menangguhkan GST tetapi mengapa perlu dinaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 1%? Bukankah ini akan membebankan rakyat dan dimasa yang sama barangan keperluan meningkat sejajar dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan?
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
Seperti yang kita semua tahu, JKKK dan JKKKP adalah orang-orang suruhan Umno dikampung- kampung untuk menjaga kepentingan parti dan pemimpin mereka.
Kenaikan elaun ini semata hanyalah untuk memberikan lebih imbuhan kepada mereka untuk terus kekal setia kepada parti.
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
Lagu dongeng yang didendangkan kerajaan BN semenjak merdeka lagi. Hakikatnya, sehingga hari ini luar bandar kekal menjadi luar bandar (dalam erti kata yang sebenar). Infrastruktur hanya akan di 'make-up' setiap kali terbitnya pilihanraya.
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak. Apa lagi yang perlu dikatakan. Tanyalah wakil-wakil rakyat disana samada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan sendiri betapa suara mereka tidak diendahkan sejak dahulu lagi. Mereka dianak tirikan oleh kerajaan BN sendiri.
  • Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam
Buatlah sistem yang bagaimana sekalipun, tahap kecekapan penjawat awam masih menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia. Tiada kesungguhan dalam menerapkan nilai budaya kerja yang baik. Waktu pejabat, boleh didapati penjawat awam berkeliaran disana sini (terutamanya kedai- kedai kopi) sedangkan pelanggan setia menanti nombor giliran mereka untuk dipanggil.
  • Satu projek besar dirancang melibatkan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia seluas 2,680 ekar di Sungai Buloh
  • Sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan penggunakan pengangkutan awam hingga 40 peratus
'Meningkatkan pengangkutan awam', rakyat telah muak dengan janji-janji tersebut. Berbilion wang rakyat telah dihabiskan tetapi hasilnya lebih teruk daripada negara-negara dunia ketiga.
  • RM100 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program termasuk menyelesaikan isu berkaitan hak tanah Orang Aslidan sempadan penempatan
Selagi kerajaan BN memerintah, orang asli tetap menjadi orang asli dengan cara hidup yang takkan pernah berubah. Tanah-tanah mereka semakin dipinggirkan dan dirampas atas nama pembangunan.
  • Imbuhan guru KAFA dinaikkan daripada RM500 kepada RM800. Elaun bagi imam pula dinaikkan daripada RM450 dan RM750
Alhamdulillah. Berita baik yang selama ini dinanti-nantikan semua
  • Elaun pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli kpd RM800.
Pengerusi JKKK lebih dihargai berbanding imam.

Peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Program Permata yang dahulu pun tak nampak bayangnya lagi. Tapi kali ini ditambah dengan lebih banyak lagi. Samalah seperti Najib memberikan anak patung mainan kepada Rosmah tetapi dengan menggunakan wang rakyat.

Komen-komen mengenai bajet 2011 ini adalah daripada pendapat saya sendiri.

Bajet kali ini memang jelas nyata merupakan bajet terakhir Umno/BN sepertimana yang dinyatakan oleh DS Anwar Ibrahim sebaik saja Najib selesai membentangkan Bajet 2011 semalam.

1 comment:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Sekali lagi Ajijoi membuat komen merapu berkenaan bajet.

Apalah yang Ajijoi tahu berkenaan istilah bajet.

Komen seperti memang layak kepada mereka yang pro PAS.

Apalah gunanya wang yang banyak di dalam KWSP tetapi pelaburan yang dibenarkan hanya 7%? Kalau pelaburan sebanyak itu bermakna rezeki dividen pencarum sudah tentu sedikit dalam keadaan sekarang.

Dengan pelaburan yang dibenarkan ditingkat kepada 20%, rezeki pencarum akan bertambah.

Itupun Ajijoi tak boleh fikir. Dan pemimpin juga tak terfikir seperti itu.

Bagaimanakah pengundi nak beri peluang kepada pemimpin PAS hendak ke Putrajaya?

Ajijoi boleh komen tapi komen bodoh macam pemimpin PAS juga.

Ajijoi hanya tahu tentang penjawat awam minum kopi sahaja. Jangan hanya sebab itu sahaja keseluruhan perkhidmatan awam semuanya hendak diketawakan oleh Ajijoi.

Mereka yang menjadi penjawat awam jasanya tidak boleh dipertikaikan.

Apakah jasa Ajijoi kepada negara seperti penjawat awam?

Tanyalah diri sendiri.

Tanyalah parti sendiri apa jasa mereka kepada agama, bangsa dan negara.

BN adalah parti Juara Rakyat. Rakyat yang didahulukan.

PR (tak berdaftar) bermaksud Pakatan Rakyat malangnya belum tentu rakyat berpakat.

Masih ingat entri dalam blog ini yang menyentuh bajet yang dibentang oleh BN dikatakan tidak selaras dengan ajaran Islam terutamanya pendapatan kerajaan dari hasil cukai.

Lebih baik kita komen pasal bajet Kelantan yang dikatakan lebih Islam.

Komen tentang hal ini belum pernah dijawab oleh Ajijoi.

Sudahlah Ajijoi.

Negeri Selangor, Kedah, PP dan Kelantan belum selamat dari segi isu politik.

Kalau disenaraikan isu politik di negeri2 ini pasti terdiam Ajijoi dalam blognya.

Komen PKR pasal isu politik belum lagi dibalas oleh Ajijoi.

Media baru ini pasti hidup segan mati tak berkubur.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...