Thursday, October 14, 2010

Inspira si Proton kembali kepangkuan Mitsubishi





SHAH ALAM: Proton Holdings hari ini memperkenalkan Proton Inspira berdasarkan sedan 4 pintu Mitsubishi Lancer, mengakhiri tanda tanya rupa bentuk baru model yang menggantikan Waja itu.

Keseluruhan bentuk kereta tidak dipamerkan kepada majlis pengenalan media di Proton's Centre of Excellence pagi ini. Hanya arca bahagian hadapan kereta sahaja yang dipertontonkan didalam trak, yang kemudiannya akan dibawa mengelilingi Lembah Klang, Kuantan, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Pelancarannya dijangka akan dilakukan secara rasminya pada 10 November ini.


Beginilah rupa bahagian hadapan Proton Inspira.

Inspira, satu nama yang diambil daripada perkataan 'inspirasi', berlainan daripada model Lancer dengan pembaharuan di gril hadapan yang mempunyai logo Proton dan bar bersayap chrome.

Dibahagian lain, pembaharuan bukanlah mudah untuk dilihat.

Proton Inspira boleh didapati didalam 3 variasi - 1.8 liter dengan transmisi 5 kelajuan manual, 1.8 liter dengan 6 kelajuan INVECS-III (CVT - continuously variable transmission) dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC (Mitsubishi Motors Corp.)

Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).

Enjinnya pula, bagaimanapun, adalah kesemuanya aluminium jenis MIVEC dengan VVT Mitsubishi.


Tunggu ketibaan trak ini ditempat anda apabila ianya mengelilingi Malaysia beberapa minggu akan datang.


Spesifikasinya tidak didedahkan buat masa ini.

Sistem suspensi mengikut standard "Lotus handling and ride" dengan perubahan pada spring dan rating shock absorber, begitu juga 'bushing stiffness'.

Ciri-ciri termasuklah 'a strong body with a five-star crash rating, airbags, anti-lock braking system, 16-inch wheels with all-round disc brakes, remote trunk release, steering wheel audio control buttons, cruise control, wipers with rain sensor and fully automatic climate control'.

Harga bermula daripada RM79,888 untuk model base manakala bagi model 2.0 liter pula tidak melebihi RM95,000.

Warna yang ditawarkan adalah maroon, perak, putih dan hitam.

Tempahan boleh dibuat dimana-mana pengedar Proton Edar dengan deposit sebanyak RM1,000.00. Bagi mereka yang menempah sekarang sehingga 15 November, akan menikmati pakej servis percuma selama 2 tahun (termasuk upah kerja dan servis barangan) yang bernilai RM1,658.00

- diterjemah daripada theStar


(Foto-foto drpd www.arenakereta.com) Terdapat beberapa keping foto terbaru Proton Inspira yang boleh dilihat di Proton Inspira Club.



Oppsss....yang ini bukannya Inspira tapi Wira saya punya.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi rakan saya, En. Kamal di 012-5554338

Beli yob, jangan tak beli. Bior pape ase begaye. Duit disimpan bebanyak pun nak buat ape.

No comments:

Followers