IPOH, 4 Okt, Pengerusi Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Hafez Sabri berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman perkauman sempit Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.Justeru,beliau menyatakan anak muda Malaysia menolak pemikiran sempit umno yang boleh memecahkan kesatuan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.
"Kami anak muda tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Bagi kami umno adalah punca sebenar yang merosakkan perpaduan rakyat antara melayu cina dan india yang berbilang kaum di negara ini"
"Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat," katanya ketika memberikan pandangan berkenaan gagasan anak muda terhadap masa depan Malaysia.
Menurut Hafez Sabri lagi, Umno kini sudah berada di tahap kritikal kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil, sebelum ini.
"Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman," katanya.
Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Hafez Sabri anak muda begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran.
Sent from my iPhone
Monday, October 4, 2010
ANAK MUDA SIFATKAN UMNO PEROSAK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Harus di ingat bahawa UMNO sedang giat melancarkan 'gerakan' menambat hati anak2 muda di luar bandar.
Di kawasan Nala ada banyak program2 yang dilancarkan oleh UMNO seperti kejohanan futsol dan ada juga sebuah litar lumba mini di Kampung Gagah, Pasir Salak.
Program2 UMNO ini nampak berjaya dan berkesan menambat hati anak2 muda mudi.
Malang nya, PAS dan PKR memang tiada apa2 program yang dilancarkan untuk muda mudi di kawasan Pasir Salak ini.
Wahai Ajijoi,
Memang benar PAS dan PKR sangat malang nasibnya.
Nalapambu rasa sangat malang parti yang disokong sangat malang.
Entah apa yang yang difikirkan oleh Hafez Sabri sampai menuduh UMNO jadi perosak perpaduan kaum.
Sudahlah PAS terkedu di PP terkena gelagat wang ehsan judi dan PKR pula terkena kerusi terbang, mesyuarat haru-biru, sepak-menyepak macam main bolasepak dan paling geli hati pemimpin PKR yang berucap cakap seorang diri sebab banyak kerusi kosong.
Inikah yang dikatakan UMNO yang tersepit seperti kata kaum muda yang menjadi pemikir.
Segala apa yang terkena batang hidung PR (tak berdaftar) semuanya dipalitkan kepada BN dan UMNO.
Sejak berkawan dengan DAP dan PKR, PAS bertambah gila ingin tawan Putrajaya gara2 sokongannya kepada Anwar.
Cuba tengok Anwar, PKR sedang bergelumang dengan kerusi terbang dia pergi luar negara.
PAS pula naik bulu roma apabila pilhanraya di Galas. Belum lagi bertanding PAS sudah panas punggung sampai masuk campur pasal calon pilihan UMNO.
Jadi sebenarnya siapa yang jadi perosak?
Wahai Ajijoi,
Ahli PAS di Kedah sudah melawan Tauke.
Ini semua gara2 kenaikan tarif air.
Siang2 lagi Azizan cuba mengugut dan menyalahkan BN.
Tidak salah menaikan tarif air.
Sebelum PRU yang lepas, PAS Kedah hebat menentang MB BN pada masa itu berkenaan isu air.
Sekarang siapa yang kena melainkan MB PR (tak berdaftar) yang mewakili PAS.
Sama seperti di Selangor sebelum PRU lepas yang berkaitan isu mega babi, arak dan judi.
PAS akhirnya tunduk kepada DAP dan PKR.
Agaknya inilah kerajaan Islam ala PAS.
Buang masa sahaja blog ini membuat propaganda yang pro PAS walaupun ini bukan suara rasmi PAS.
Blog inipun nampaknya sudah semakin perlahan entrinya.
Sejak PR (tak berdaftar) menjadi kerajaan di 5 negeri (kerajaan sementara di Perak), poket pemimpin PR terutamanya sudah penuh berisi wang, namun poket Ajijoi semakin ringan.
Minta maaf kalau tersalah lapor.
Sekian.
Post a Comment