Wednesday, October 20, 2010

Gesaan Transformasikan pendidikan negera melalui Bajet 2011


Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Gopeng

Gesaan Transformasikan pendidikan negara melalui Bajet 2011


Dewan Pemuda PAS Gopeng memandang serius mengenai pembentangan Bajet 2011 terutama skop yang meliputi sektor pendidikan. Pendidikan bukan suatu institusi yang bersifat kilang untuk menghasilkan tenaga manusia berkemahiran sahaja, malah pendidikan di Malaysia masih jauh daripada menyelami hasrat sebenar mendidik manusia ke arah komuniti yang beradab. Sebagaimana saranan Prof Naquib Al Attas, ta’dib atau mendidik ke arab peradaban, kesopanan dan ketatasusilaan adalah matlamat mutlak pendidikan menurut Islam.


Pemuda PAS Gopeng meneliti gagasan kerajaan dalam bidang pendidikan dengan penuh kerisauan memandangkan kerajaan masih lagi berbahas soal infrastruktur, material (maddiyyah) dan latihan sekadar jangka pendek untuk para guru dan tenaga pendidik.

Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. Adalah diharapkan, kerajaan memperuntukkan dana yang tersendiri untuk ramai tenaga intelegensia dan cendiakawan tempatan meneliti dan mengkaji perjalanan falsafah pendidikan negara dan implimentasinya. ‘Retreat’ dalam pendidikan adalah satu kemestian.


Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin, pembentukan modal insan yang disasarkan adalah melalui pembangunan daya inovasi dan kreativiti pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajara (P&P). Warganegara yang dinamik dan progresif juga dijadikan sasaran untuk dicapai melalui transformasi pendidikan yang dipacu melalui Bajet 2011 dan Model ekonomi baru yang mengimpikan status Negara yang berpendapatan tinggi.


Inovasi dan kreativiti bukanlah perlambangan sesuatu masyarakat yang berpeadaban malah ia hanya salah satu cabang minor untuk mengukuhkan peradaban. Peradaban yang diimpikan melalui pemerkasaan negara Malaysia perlu difikirkan melalui pemugaran sistem moral dan kemanusiaan agar bajet dan belanjawan berjaya memanusiakan rakyat dan pemimpinnya.


Belanjawan yang boros untuk mengurus PLKN sebagai salah satu struktur pendidikan juga amat dikesali oleh rakyat. PLKN masih jauh daripada menghasilkan manusia berakhlak berdasarkan banyak testimoni rakyat. Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh beberapa NGO sosial, hanya 15% peserta PLKN solat 5 waktu. Dengan ketiadaan undang-undang mewajibkan solat berjemaah dan mendengar kuliah agama di PLKN ditambahi dengan jadual kem yang bermula seawal 6 pagi menyebabkan institusi solat menjadi murah dalam PLKN. Peruntukan PLKN kini mencecah RM 500 juta setahun kerana kos penyelenggaraan tinggi. Namun baget sebegini tinggi masih gagal menepati hasrat kerangka pendidikan jangka panjang negara. Jurulatih PLKN yang dilatih juga tidak berjaya menjadi contoh baik kepada pelatih.


Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dwn Pemuda PAS Gopeng

18 Oktober 2010

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...