Sunday, November 30, 2008

Santai bersama bloggers hebat


29/11/2008 - Bertempat di The Curve, Damansara berlangsungnya pertemuan santai sambil menikmati buffet yang lazat diantara blogger-blogger hebat tanahair.

Saya bersama Cikgu Ali (alhusseyn) dan Zainal Ariff (wartasgrapat) berkesempatan kesana untuk bertemu mesra bersama mereka.

Jemputan datangnya daripada Shahrir (talkonly.blogspot.com) yang berusaha mengumpulkan para bloggers ini untuk bersuai kenal dan beramah mesra untuk mengenali di antara satu sama lain. Maklumlah, selalunya para bloggers menggunakan nama samaran di dunia maya. Peluang terbaik ini untuk mengenali mereka secara peribadi.

Dan secara jujurnya, saya amat kagum dengan mereka yang melayani kami dengan begitu baik sekali dan ramah mesra mereka membuatkan kami bagaikan telah lama berkenalan. Tambahan pula kami yang tiada nama gah dialam blog tanahair.

Para bloggers yang hadir terdiri daripada pelbagai tempat, umur dan latar belakang. Termasuklah yang berpangkat dan ada nama dan kedudukan didalam dunia penulisan.

Diantaranya ialah Datuk A. Kadir Jasin (The Scribe), Nuraina A. Samad (3540 Jalan Sudin), Mariah A. Samad (Tok Mommy), Tengku Mohd Ali Bustamam (Bustamam), Idrus A. Bakar (Pak Idrus), Feisal (Mat Salo), Dr Wahab (dr tokacid), Ahmad Daniel (Kerp-Let's Wheel), Azeeza (Mantra-indeeptots), Eleena (Acciaccatura), Elviza Michele Kamal (Write Away), Sofian (Bangkai), Wanshana (Wherever You Are), Pi Bani (Pistwist), Anuradha (Euphoriain Misery), Melvin M (Melvin-Mah), Razlin K.D. Hanifah, dan Nasir.

Kemunculan istimewa YB Khalid Samad (Khalidsamad.com) walaupun hanya sebentar daripada jadualnya yang padat amat istimewa sekali kerana karektornya yang sentiasa ceria dan ramah.

Suatu pertemuan yang amat bermakna dalam bertukar-tukar pandangan dan bersuai kenal.

A wonderful afternoon well spent with such beautiful characters and personalities. A million thanks to all you guys. Hope to meet you all again.


Pak Idrus memang berpengalaman luas dan segala cerita-cerita yang disampaikan sungguh menarik.

Nuraina A. Samad, anak kepada Allahyarham Pak Samad Ismail. Cuba teka berapa umur dia?

YB Khalid Samad yang low profile dan sentiasa ceria berjenaka dan bercerita.





6 comments:

Pak Idrus said...

Azizul, It was great meeting you and the gang from Ipoh. Thanks for the good words and hope that we may meet again for a follow up. Sharing of information and ideas is one way of improving the quality of blogging.

As I had describe in the short moment in the midst of the confusion of that wonderful buffet, the New Media [blogging and You tube] is here to stay and with that came blogger which today is defined as the citizen journalist [Journalist Rakyaat]. If we want Blog as a trusted media for all, we must stay neutral in our reporting by sticking to the truth. For in any endeavor the truth would eventually prevail.

Sama juga dengan mana mana perjuangan hanya kebenaran sahaja yang bolih membawa kepada kemangan.

Have a nice day.

Ajijoi said...

Thanks for your comment.

And those topics that we exchange that day about your colourful experience in our daily life.

I've learned a lot that day especially from you since you are the most 'talkative' person whose mingle everybody from table to table with your lovely stories.

Hope to meet you and the wonderful gang again.

Thanks again.

cakapaje said...

Salam,

Bro, terima kasih kerana sudi ke pertemuan itu. Memang meriah dan bermakna sungguh. InsyAllah,, diharap Azizul, Zainal dan Cikgu Ali tetap akan menghadiri pertemuan lain kali. Saya minta maaf seandainya tidak dapat beri tumpuan sepenuhnya atau ada salahsilap dari kami yang berada di situ.

Kerp (Ph.D) said...

jijoi bro,

terima kasih kerana sudi meluangkan masa lagi2 dtg dari jauh. kita tak sempat nak berbual panjang hari tu tapi insyaAllah di kesempatan lain, akan diketemukan lagi.

Ajijoi said...

Bro Shah, thanks for inviting us from Ipoh and organised a memorable gathering.

Hope to see u again.

Ajijoi said...

Bro Kerp, first time met memang kelu sikit lidah tu nak berbicara.
But, next time around we can have a good chat.

InsyaAllah, we'll meet again. Thanks

Followers