Thursday, November 6, 2008

Sabarlah....Alhusseyn

Alhusseyn ternyata kecewa sungguh dengan Pas Gopeng apabila tidak mendapat bantuan menguruskan jenazah ibu saudaranya semalam.

Kesemuanya dibuat sendiri. Daripada menguruskan, mengimamkan sembahyang jenazah sehinggalah mengtalkinkan jenazah.

Kecewanya bukan berdasarkan peribadi tetapi atas dasar kedudukannya sebagai Ketua Kampung Sg Rokam. Sebagai ketua kampung dari Pas, sudah tentulah diboikot oleh Umno. Dan sokongan serta kerjasama daripada Pas amatlah diperlukan untuk menjalankan tugas sebagai ketua kampung.

Keluhannya yang disampaikan kepada saya amat saya fahami.

Pas Gopeng pada pandangan saya perlu ada satu pasukan untuk menguruskan jenazah. Apabila ada kematian samada dikalangan Pas sendiri mahupun orang lain, pasukan inilah yang perlu memainkan peranan untuk menguruskan jenazah. Walaupun ianya hanya fardhu kifayah, namun soal menguruskan jenazah ini amat penting. Berbanding dengan umno, mereka memang mempunyai satu pasukan menguruskan jenazah sehinggalah mempunyai kereta mayat mereka sendiri. Tetapi yang saya kesalkan adalah pasukan umno ini terdiri daripada mereka-mereka yang tidak layak untuk menguruskan jenazah dan memandikan jenazah kerana ada diantara mereka yang 'kaki nombor' dan juga 'kaki perempuan'. Mereka tahulah siapa yang saya maksudkan tanpa perlu menamakan mereka.

Andai kata tiba masa apak saya pergi nanti, sudah tentu saya tidak mahu pasukan umno ini menyentuh dan memandikan jenazah apak saya. Tetapi apakah ada pilihan lain untuk saya? Disinilah peranan Pas Gopeng yang amat-amat diperlukan buat masa sekarang. Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat perlu mengambil peranan penting dalam melaksanakan tuntutan ini.

Saya tidaklah menyebelahi mana-mana pihak. Cuma berharap sangat agar isu ini dapat diselesaikan dengan berhemah dan bijaksana.

Jadi, isu yang ditimbulkan Alhusseyn itu perlulah diambil perhatian serius dan perbaikilah mana yang perlu untuk kebaikan kita bersama.

Dan sama-samalah kita bermuhasabah diri kita masing-masing.

2 comments:

Unknown said...

salam ajijoi...ana x lah nak kata apa...cuma persepsi pertama bila membaca artikel alhusseyn 2,menjatuhkan kredibiliti PAS gopeng....apakah seteruk itu PAS gopeng,macam x pernah ada kebaikan yang dilakukan... yang menjadi masalah alhusseyn melenting bila yang terlibat adalah saudara beliau...adakah kita melihat alhusseyn disetiap kematian dalam PAS kawasan gopeng...program kawasan pun jarang-jarang nampak...ana mengharapkan kita menilai dengan saksama....bila pekara yang bersifat peribadi membuat kita marah kepada jamaah...kikislah sifat itu...tak perlulah mengharapkan semua ajk kawasan,dewan,cawangan,jkkk menghormati kita sekiranya kita sendiri tidak hormat kepada jamaah...ana ingin sekali minta alhusseyn meminta maaf secara terbuka kepada PAS Gopeng khasnya dan PAS umumnya...tapi ana dah malas nak "berbual" dengan alhussyen...sampaikan pdnya..tq....

Anonymous said...

Setiap kematian? Adakah SMS kpd ana bagi setiap kematian? Buktikan ana gagal menjawab SMS berkaitan jika ada.Anta orang baru dan tidak tahu ttg penglibatan ana.Jumpa ana secara peribadi kalau anta kata dah malas nak berbual dgn ana. Ana cabar anta supaya jgn bercakap disebalik tabir saja.Jgn jadi macam tikus yg hanya berani keluar waktu malam yang gelap.Tunjukan diri jgn berlindung disebalik nama yg tidak ada profile diri.Berdepan dgn ana kalau anta benar-benar ikhlas.

Followers