Friday, October 17, 2008

Setpol MB pula jadi mangsa

Setelah dakwaan terhadap dua Exco Negeri Perak kepada BPR tidak menjadi, kini giliran Setiausaha Politik MB Perak pula yang menjadi mangsa seterusnya.

Setpol MB, Ust Misbahul Munir dikatakan telah menyalahgunakan kuasanya melalui sekeping surat kepada Pengarah JPS berhubung dengan projek pembangunan sawah Sungai Manik.

Dua laporan kepada BPR tentang dakwaan ini telah dibuat semalam oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin di ibu pejabat BPR Perak di sini manakala laporan kedua dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman di pejabat BPR di Teluk Intan.

Berita mengenainya dilaporkan Bernama.

Itu cerita dari sebelah pihak yang mendakwa. Bagaimana pula cerita daripada pihak yang didakwa? Ust Misbah pula menjelaskan di dalam blognya.

Anda bacalah kisah daripada kedua-dua belah pihak dan nilaikan sendiri siapa yang bermain dengan politik kotor. Yang pastinya bagi saya, JKKP tidak sepatutnya wujud kerana mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri yang memerintah. Mereka dilantik secara haram dan wang elaun yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada mereka setiap bulan sebaiknya diagihkan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya di dalam kampung-kampung tersebut. Lebih bermanfaat dan mengukuhkan perpaduan serta keharmonian seluruh penduduk kampung.
Apa pula ulasan AlHusseyn tentang isu ini?

No comments:

Followers