Sunday, October 19, 2008

Kecoh di Masjid Kg Melayu Sg Rapat

Kejadian berlaku pada hari Isnin yang lepas semasa kuliah Ustaz Kazim di Masjid Kg Melayu Sg Rapat. Seorang daripada jemaah masjid yang hadir telah bertanyakan soalan tentang kewangan masjid.

Dakwanya pihak pengurusan masjid tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kebanyakan program yang dijalankan oleh masjid tersebut. Sebaliknya hanya bergantung kepada sponsor daripada yang sanggup sahaja.

Juga ditanyakan kenapa hanya kuliah Dato' Mufti sahaja disediakan minuman selepas kuliah manakala lain-lain ustaz yang memberikan kuliah tidak disediakan minuman. Mengapa tiada pemberitahuan melalui papan putih dimasjid sepertimana yang dilakukan oleh pihak pengurusan masjid-masjid yang lain tentang kedudukan kewangan masjid dan juga berapa kutipan yang diperolehi setiap hari Jumaat dan juga Hari Raya yang baru lalu.

Setiap kali apabila ditanyakan tentang kewangan masjid kepada pihak pengurusan masjid, jawapan yang biasa diberikan adalah masjid tidak mempunyai wang yang cukup. Tetapi jika dihitung secara kasar pendapatan masjid melalui kutipan setiap Jumaat, sumbangan peribadi orang ramai dan juga bayaran sewaan daripada Bangunan Addin (berhadapan Masjid) dan juga sewaan bangunan asrama dibelakang masjid oleh pihak kolej kejururawatan, masjid Kg Melayu mempunyai perolehan bulanan yang lebih daripada mencukupi untuk menjalankan program-program keagamaan dan sebagainya tanpa perlu bergantung kepada sponsor semata-mata.

Jawapan yang diberikan oleh Ustaz Kazim tentang permasalahan ini amat jelas iaitu pihak pengurusan masjid perlulah bersikap amanah dengan menyatakan kedudukan kewangan masjid untuk pengetahuan jemaah dan umum tanpa perlu berselindung. Ini adalah kerana wang masjid adalah hak awam bukannya hak pihak pengurusan masjid sendiri.

Mungkin ada ahli daripada pihak pengurusan masjid yang tidak berpuas hati apabila hal kewangan masjid ini ditimbulkan, bersemuka dengan jemaah yang bertanya tadi diluar masjid selepas selesai solat Isyak sehinggakan hampir berlaku pergaduhan. Perang mulut yang berkesudahan dengan ahli pengurusan masjid tadi hampir-hampir ditampar oleh jemaah yang memang tidak bersetuju dengan cara pengurusan masjid.

Kisah selanjutnya.....kenalah anda bertanyakan daripada mana-mana jemaah masjid Kg Melayu Sg Rapat yang hadir pada malam tersebut.

No comments:

Followers