Saturday, October 11, 2008

Jamuan Aidilfitri di Sg Rokam Meriah


Dianggarkan lebih daripada 1,000 orang yang terdiri dari berbilang kaum menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Dato' Ahmad Said, Sg Rokam anjuran Parlimen Gopeng, Jabatan Agama Islam Daerah Ipoh dan juga JKK Kg Sg Rokam petang tadi.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Perak Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaludin serta isteri, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Hj Roslan Shahrum, Adun Simpang Pulai dan Adun Teja.

Orang ramai yang berpusu-pusu memenuhi dewan tidak melepaskan peluang bersalaman dan bertanyakan khabar dengan MB Nizar.

Majlis juga menyaksikan penyampaian bantuan berupa duit raya dan hamper barangan kepada fakir miskin dan juga mangsa banjir di Kg Sg Rokam dengan diiukti jamuan raya untuk semua yang hadir.

Ikuti juga berita bergambar di Alhusseyn dan Wartasgrapat.



















Berikut ini adalah sedikit sedutan daripada ucapan MB Nizar di majlis tersebut:
video


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...