Sunday, October 18, 2009

Sambutan Aidilfitri Pas Perak: Kehadiran melangkaui jangkaan

Sambutan Aidilfitri Pas Perak yang diadakan di Arena Square, Batu Gajah telah menerima kunjungan yang hebat daripada orang ramai yang pelbagai kaum.

Jangkaan kehadiran sebanyak 6,000 orang telah tersasar apabila lebih daripada 10,000 orang yang bertali arus mengunjungi Arena Square tanpa henti sehingga jam 3 petang.

Jamuan yang bermula jam 11.30 pagi telah kehabisan makanan yang diperuntukkan untuk 10,000 orang seawal 1.30 tengahari lagi. Makanan tambahan berupa bihun sup terpaksa dimasak disitu oleh Ust Faisol bagi tidak menghampakan kunjungan ramai yang tanpa henti daripada seluruh pelusuk negeri Perak.

Pimpinan Pas Perak yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Hussein amat berbesar hati dengan sokongan serta kunjungan orang ramai ke majlis hari raya yang dianjurkan disitu. Ini merupakan petanda bahawa Pas dan Pakatan Rakyat masih menjadi pilihan rakyat Perak.

Kehadiran Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim bersama isteri disambut penuh mesra.

Bertanya khabar bersama Haji Rahim Md Ariff, Bendahari Pas Perak dan Zainal Ariff

Antara yang paling awal menjamu selera

Gerai cendol menjadi tumpuan orang ramai

Sukarelawan tester cendol

Bihun sup menanti tetamu

YB Ramli, YB Anuar dan YB Khalil bergaya sebagai penyambut tetamu

Beratur panjang untuk mendapatkan cendol

Beratur panjang untuk menikmati nasi minyak dengan gulai kawah

Sate sudah semestinya menjadi tumpuan ramai

Orang terlalu ramai sampaikan hidangan apa disajikan pun tak nampak

Kanak-kanak juga diraikan dengan pemberian duit raya oleh pimpinan Pas Perak

Gelak besar nampaknya abang lemang ni....patutlah, habis awal


Apa pasal termenung kak? Bihun sup dah habis ke?


Jom balik, dik. Dah habis dah...


Sate yang dibakar panas

Kat sini dah habis la kak, cuba tengok kat hujung sana pulak...

Makan banyak mana pun takpe, Unit Amal menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung. Pakcik ni boleh tambah lemang dengan sate lagi ni...

Kaunter semakan daftar pemilih juga disediakan. Mana la tau, kot tiba-tiba Zambry terasa 'berani' semacam untuk bubar dun Perak

Antara penyambut tetamu muslimat

Geng Bukit Gantang pun dah sampai

Ketua Kampung PR Sg Rapat, Sdr Ahmad Osman bertemu sahabat lama

Orang kuat Dr Lee Boon Chye dari PKR. Jangan marah bang, bihun sup tengah masak tu...

Gembira dapat bergambar bersama Pesuruhjaya Pas Perak

Kumpulan pemotong lemang bergaya bersama

Masing-masing posing sakan

Bendahari kelihatan cemas apabila menu kecemasan berupa bihun sup terpaksa dimasak untuk menampung kebanjiran pengunjung

Bagaikan 'bidadari' berpakaian putih menyambut tetamu. Kumpulan DMP Gopeng

Pemuda Pas Sg Rokam sedang disoal siasat oleh Bendahari Pas, Hj Rahim diatas 'kehilangan' Ketua Cawangan mereka

Mengadu masalah, memberi pendapat atau memuji kesedapan hidangan? YB Zainuddin tetap steady tersenyum

Keadaan 'panik' jam 1.30 petang ketika diumumkan bahawa kesemua makanan telah habis

Takpe, YB. Makan-makan. Tapi mau tambah....sula habis lo...

Aiyaa, ahso...minum air sejuk saja ka? Sunyum pun sula lain macam, maa.

Adun Changkat Jong, YB Anuar Sudin dan isteri ceria selalu

Kalau macam ni punya ramai la yang periksa kesihatan, mungkin si pemeriksa pulak yang kena periksa selepas ini

Anak sape ni haaa? Betul-betul beraya ni...gendang-gendut tali kecapi la ye

Keadaan hampir bersurut hampir jam 3 petang. Ternyata sambutan kali ini begitu berjaya sekali


Tahniah kepada Pas Negeri Perak kerana kejayaan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kepada pengunjung pula, jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan sambutan hari raya tahun ini. Ribuan ampun dan maaf dipohon sekiranya terdapat hidangan dan layanan yang kurang memuaskan.

4 comments:

Admin said...

assalamualaikum... salam reformasi..
terima kasih kerane tangkap gambo saye dengan pesuruhjaya pas. saya seorang blogger muda. rajin rajin la bukak blog saya. demokrasi93.blogspot.com

malaysia.suarademokrasi said...

ramai apanya..nampak sgt org perak dah tolak pakatan rakyat.
smlm di stadium perak, lebih 50,000 rakyat perak turun raikan najib! syabas aura najib!
Hidup 1Malaysia

Mohd Syafiqi Zakaria said...

kepada diatas mereka dipaksa utk ke stadium perak....
harap anda paham....

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Salam tsunami Bagan Pinang buat Paeh.

Paeh memang hebat dapat bergambo dengan pesuruh jaya PAS Perak.

Lagi hebat macam Ajijoi sebagai seorang blogger muda pulak tu.

Lepas ini bolehlah saya bukak luas-luas.

Syafiqizakaria pulak kata ada orang paksa ke Stadium Perak.

Kalau anda peminat bolasepak diberi peluang masuk stadium PERCUMA nak tak?

Kalau anda datang, adakah anda kata saya dipaksa datang?

Geng2 PAS memang begitu.

Bukan begitu Ajijoi?

Followers