Monday, October 19, 2009

Sultan bantu BN rampas Perak dari Pakatan Rakyat?

Anak-anak dan menantu Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Dari kiri: Tunku Datuk Seri Kamil Tunku Rijaldin dan isterinya Raja Datuk Seri Yong Sofia, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan isterinya Raja Datuk Seri Azureen, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan isterinya Tuanku Zara Salim, Raja Kechil Tengah Perak Raja Datuk Seri Ashman Shah dan isterinya Datin Seri Noraini Jane, Raja Datuk Seri Eleena dan suaminya Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah.

Sultan Perak tak layak dihormati?

Raja Petra Kamarudin mendakwa, Sultan Perak tak layak dihormati. Takut nanti tak jumpa pula cari artikel tu, saya kena pautkan atau linkkan artikel yang bertajuk "Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak" tu. (Terjemahan bahasa Melayunya disini)

Jika benar pendedahan Raja Petra itu, nampak benar pembohongan apabila mereka mendakwa kononnya mereka memperjuangkan kepentingan Melayu.

Ramai orang Melayu yang buta dan tak nampak-nampak, Umno sebenarnya hanya memikirkan perut sendiri, bukan kepentingan Melayu. Bila kebetulan rakyat dapat tumpang dasar yang mereka buat untuk kepentingan perut mereka sendiri itu, mereka pun kata, itulah jasa Umno.

Sayangnya, rakyat tak nampak-nampak tujuan Umno meninggalkan tulang-tulang kepada mereka setelah membaham isinya puas-puas, semuanya dengan satu tujuan untuk membolehkan mereka terpekik terlolong mendakwa "itulah jasa Umno".

Para pemimpin Umno seperti seorang kerani pejabat tanah di sebuah bandar. Sambil membuncitkan perutnya mentekedarah rasuah dengan menjadi tukang syubhat kepada pelbagai kerja jahat, beliau juga suka mengungkit-ungkit "jasa"nya kepada orang-orang kampung.

"Proses bagi-bagai tanah pusaka keluarga hang dulu, aku yang buat. Hang jangan buat perangai tak ingat jasa orang pulak," katanya.

Dia bernasib baik kerana orang-orang kampung percaya bahawa dia memang berjasa kepada mereka. Dia bernasib baik kerana orang kampung lupa bahawa dia memang dibayar gaji untuk membuat kerja dia di pejabat tanah tu, tak kiralah proses apa sekalipun.

In the land of the blind, the one-eyed man is king - Desiderius Erasmus Roterodamus.

-penarik beca

No comments:

Followers