Wednesday, October 28, 2009

Peraturan persidangan ditukar BN bukannya Mat Saman Kati

IKUT BUKU...Ganesan menunjukkan buku Peraturan Tetap.

IPOH, 27 Okt – Garisan telah dilukis dan medan pertempuran telah disediakan untuk persidangan dun Perak esok.

Daripada kawalan keselamatan yang amat ketat sehinggalah perubahan mendadak didalam peraturan persidangan, Barisan Nasional seperti nekad untuk memastikan Pakatan Rakyat akan ditumpaskan apabila keluar daripada dewan persidangan nanti.

Didalam sidang akhbarnya petang ini, Speaker BN Datuk R. Ganesan mendapat renungan yang aneh daripada para wartawan apabila mendedahkan bahawa bukan sahaja ahli-ahli dewan undangan negeri ditegah daripada membuat panggilan, menghantar SMS, melayari internet ataupun menghantar e-mail semasa berada didalam dewan tetapi juga diberikan masa-masa tertentu untuk memasuki dewan persidangan.

Adun Pakatan, menurutnya, menjadi orang terakhir untuk memasuki dewan, termasuklah memasuki Bangunan SUK itu sendiri.

Kakitangan kerajaan, pihak media dan jemputan yang lain akan dibenarkan memasuki dewan pada jam 9.30 pagi.

Adun Barisan pula, kata Ganesan lagi, akan dibenarkan memasuki dewan bila-bila masa sebelum 9.55 pagi, lima minit sebelum persidangan akan bermula jam 10.00 pagi.

Adun Pakatan pula, yang terakhir memasuki dewan iaitu selepas 9.55 pagi.

Ini bermakna adun-adun Pakatan yang seramai 28 orang itu hanya mempunyai masa selama 5 minit sahaja untuk mengambil tempat dan juga menyediakan diri mereka untuk memulakan persidangan.

Apabila ditanya mengenai rasional perubahan peraturan itu, Ganesan berkata:

"Segala peraturan dan agenda persidangan sentiasa boleh diubah, bukan begitu? Peraturan Tetap 13 (2) melarang begitukah?" katanya.

Dia menambah lagi, pada persidangan 7 Mei, apabila semua ahli dewan undangan negeri dibenarkan untuk memasuki dewan pada masa yang sama, semua adun PR telah memilih untuk duduk disebelah kanan yang disediakan untuk 'kerajaan'.

"Padahal, disitulah duduknya kerajaan yang memerintah pada hari itu" tambahnya.

Apabila ditanya mengenai bilakah dia merancang untuk memasuki dewan, Ganesan hanya tersenyum dan menjawab "Adakah ianya penting? Anda akan tahu esok."

Spekulasi bertiup kencang bahawa saingan Ganesan, Adun Tronoh V. Sivakumar, mungkin akan cuba untuk duduk di kerusi Speaker sebaik beliau masuk kedalam dewan.

"Siapakah Sivakumar? Dia hanyalah Adun Tronoh," katanya.

Ganesan juga menafikan bahawa dia telah mengupah anggota polis untuk bekerja sebagai bentara ataupun kakitangan dewan.

Semasa persidangan yang lepas, pihak polis dipercayai telah diberi pas untuk memasuki persidangan.

"Tidak. Mereka adalah kakitangan kerajaan yang bekerja dibahagian keselamatan," katanya.

Beliau mengaku telah mengupah bentara yang baru, sembilan orang semuanya, begitu juga beberapa kakitangan dewan, tetapi menegaskan bahawa ianya adalah untuk mengawal keselamatan pentadbir kerajaan.

"Lihatlah apa yang berlaku pada 7 Mei. Adun PR yang telah melampaui batas. Mereka menyerang dan memukul adun BN serta bentara. Mereka juga menyerang Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

"Saya perlu melindungi adun BN daripada diserang juga," tegasnya.

Ganesan juga menafikan dakwaan adun PR bahawa 15 bentara baru telah diupah untuk menyerang adun PR jika mereka mengganggu persidangan kali ini.

"Sivakumar telah tersilap kira. Sebenarnya bukan 15, tetapi lebih," katanya jumlah kesemuanya termasuk kakitangan dewan.

Baca seterusnya disini

No comments:

Followers