Saturday, October 31, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak pengukuh ikatan pimpinan bersama rakyat


IPOH (31.10.09): Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh mendapat sambutan yang luar biasa apabila dewan utama dipenuhi dengan peserta-peserta konvensyen daripada PAS, PKR dan DAP.

Seramai 600 orang yang terdiri daripada 200 orang setiap parti telah hadir memenuhi dewan ballroom Hotel Syuen ini.


Walaupun ianya pertama kali diadakan, kertas-kertas kerja yang dibentangkan oleh ahli-ahli panel daripada kalangan pemimpin tiga parti yang membentuk Pakatan memberikan satu hala tuju yang mengukuhkan lagi ikatan didalam Pakatan didalam menempuh arus politik yang semakin mencabar kini.

Selain daripada pimpinan Pakatan Rakyat Perak, kehadiran istimewa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan impak yang positif kepada peserta dan juga tujuan konvensyen itu diadakan.

Pembentangan kertas kerja oleh YB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin, YB Lim Guan Eng, YB Nga Kor Ming dilakukan pada sesi pagi manakala sesi petang pula akan disambung oleh Menteri Besar Selangor, YB Khalid Ibrahim.

Paling istimewa apabila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan melakukan upacara penutup pada akhir konvensyen nanti.

1 comment:

cicitHJHASSANu said...

agak2 apa kebaikan untuk rakyat Perak???
harapan untuk melihat umno-bn tumbang sudah,tapi mereka masih menjadi racun yang akan memusnahkan terus secara tak sedar...
pakatan rakyat tahu apa saja keburukan demi keburukan yang dulu kini dan selamanya dilakokan umno,termasuk menggunakan segala bentuk cabang kuasa polis,mahkamah,jentera kerajaan dan media untuk menggodam rakyat...
apa jaminan kepada rakyat?setelah mereka memberi lagi sokongan selepas ini,tapi dirampas dan rakyat hanya mampu tengok terkebil-kebil tapi tak ketahuan dan merana seperti dulu kala.

adakah perlu digunakan tindakan subversif?

Followers