Sunday, October 11, 2009

Perutusan Presiden PAS

KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa di langit dan di bumi.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi di DUN Bagan Pinang kerana telah memberikan undi mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam beberapa Pilihanraya Umum 1999, 2004 dan 2008 yang lalu.

Saya juga merasa terharu dan menyanjung tinggi sokongan dan undian yang telah diberikan oleh tentera yang tetap mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Namun, mereka telah ditekan menyebabkan sebahagian mereka takut mengundi PAS sedangkan kehendak rakyat inginkan pemimpin yang bersih, berintegriti dan telus.

Maka saya mengharapkan semua pengundi dapat memberikan sokongan dengan mengundi calon Pakatan Rakyat dari PAS, Sdr. Zulkefly Mohamad Omar seorang yang bersih dan sedia memenuhi kehendak rakyat. Keazaman kita untuk bersama-sama menentang segala bentuk kejahatan hendaklah diterjemah semasa tuan-tuan keluar mengundi pada 11hb Oktober 2009.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada tuan-tuan dalam menjalankan amanah dan tidak berganjak dengan pendirian walaupun terpaksa berdepan dengan rasuah dan ugutan dari pihak tertentu.

”Bersama Kehendak Rakyat”

YB DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PAS.

No comments:

Followers