Sunday, October 18, 2009

The Making of Jamuan Aidilfitri Pas Perak...Part Two

Selepas Asar, persiapan masak diteruskan lagi. Daging dan ayam yang telah dipotong dibasuh untuk disediakan bagi jabatan masing-masing memulakan tugas.

Ayam-ayam dibasuh oleh Abang Leman dan Jo.

Kawah-kawah serta peralatan yang lain sedang disediakan.

Daging yang dah dibasuh disusun elok didalam bakul.

Tulang lembu yang besar-besar direbus didalam kawah.

Ayam mula direbus sekitar jam 6 petang. Kenapa perlunya ayam itu direbus? Sila tanyakan kepada si pembekal ayam tersebut.

Ayam yang telah direbus, dicampurkan dengan rempah dan garam. Kemudian digaul rata bersama telur.

Selepas Maghrib, ayam telah mula digoreng.

Dalca pun dimulakan operasinya.

To be continue...

No comments:

Followers