Saturday, March 30, 2013

'Auntie Huru-Hara' ditubuhkan Shahrizat buat Wanita Umno


Shahrizat Abdul Jalil yang sebelum ini telah menghuru-harakan negara Malaysia dengan skandal lembu NFCnya kini kembali menjadi tajuk berita.

Beliau seakan tidak mahu namanya dilupakan terus daripada arena politik negara, walaupun telah memalitkan gelaran lembu buat Wanita Umno yang dipimpinnya.

Terbaru, Shahrizat sekali lagi dengan beraninya (walaupun tanpa bukti) telah menuduh yang pihak pembangkang akan melakukan huru-hara pada hari mengundi kelak. Ini katanya kerana pihak pembangkang begitu takut dengan BN sehingga akan menghalang wanita Umno daripada keluar mengundi.

Bunyi tuduhannya itu tak ubah seperti pepatah 'Mengata Dulang Paku Serpih' kerana kenyataannya sekarang ini, BN dan Umnolah yang amat gerun dengan kebangkitan rakyat sehingga berjaya mencipta sejarah negara apabila tidak membubarkan parlimen sehingga tamat tempohnya selama lima tahun.

Ucapan selamat diperguna sekali lagi buat Wanita Umno apabila tertubuhnya skuad 'Auntie Huru-Hara' oleh Shahrizat hari ini. Mungkin auntie-auntie di dalam Wanita Umno belum cukup puas dengan gelaran LEMBU yang dipalitkan kepada mereka oleh Ketua Wanita Umno itu.


Wanita Umno tubuh pasukan anti 'huru-hara' Pakatan
Wanita Umno akan menubuhkan satu pasukan gerakan bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.

"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.

"Jadi Wanita menubuhkan task force bagi memberitahu pengundi supaya keluar secara aman pada hari mengundi. Dan (pasukan) ini akan ada di semua peti undi," dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian semasa merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama warga perumahan PDRM Desa Tasik sempena Hari Polis ke-206 hari ini di ibu negara. - Malaysiakini

No comments:

Followers