Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Thursday, March 14, 2013

Guru Islam Kinta Utara diperdaya tonton filem 'Tanda Putra'


Ramai guru-guru Islam Daerah Kinta Utara rasa teraniaya dan diperdaya apabila memenuhi jemputan ke program 'Wacana Ilmu Guru-Guru Islam Daerah Kinta Utara' sepertimana yang tertera di laman portal Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara' tetapi akhirnya terpaksa menonton tayangan filem 'Tanda Putra' yang penuh kontroversi.

Mereka yang cintakan ilmu datang dengan jubah dan serban, tetapi setelah mendaftar kehadiran, diberikan tiket untuk menonton filem tersebut. Tiada langsung wacana ilmu sepertimana yang diwar-warkan tetapi hanyalah taktik murahan untuk mempertontonkan sebuah filem kontroversi kepada guru-guru muda Islam tersebut. 

Jemputan ke program wacana ilmu tersebut yang diadakan semalam di Taman Budaya Perak boleh dilayari melalui portal PPD di sini dan isi jemputan tersebut sepertimana di bawah.

Assalamualaikum Wrt. Wbr. dan Selamat Sejahtera

Pengetua dan Guru Besar Sekolah,
Daerah Kinta Utara.

Tuan,

JEMPUTAN PROGRAM WACANA ILMU GURU-GURU ISLAM DAERAH KINTA UTARA 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara akan menganjurkan Program Wacana Ilmu Guru-guru Islam Daerah Kinta Utara seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 13 Mac 2013 ( Rabu )
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Taman Budaya Ipoh.
( Bersebelahan Perpustaakan Awam Negeri Perak )

3. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang tersenarai dijermput menghadiri program berkenaan ( Sila klik di pautan berikut: http://ppdkinta.edu.my/wacana.pdf ). Berikut adalah atur cara program:-

8.00 mlm – Ketibaan guru-guru
8.15 mlm – Ketibaan jemputan khas
8.30 mlm - Acara program dilangsungkan

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah,


KAMARUDDIN ISMAIL
Penolong PPD Perhubungan.
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...