Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Monday, December 31, 2012

Perutusan Tahun Baru 2013 oleh Pesuruhjaya Pas Perak

Syukur kepada Allah SWT atas kurnia dan rahmat yang diberikan lantas kita dapat terus bersama-sama berperanan sebagai penggalas gerakan perjuangan rakyat  yang Insya Allah akan dijanjikan kemanisan sekiranya keikhlasan mengiringi titi perjuangan mulia ini.

Berlalunya 2012 meninggalkan pelbagai suka duka dalam arena kehidupan kita apatah lagi dunia politik tempatan dan pentas agama tanah air yang diwarnai dengan aneka macam peristiwa dan kemelut ekoran daripada pelbagai spekulasi, provokasi dan propaganda yang merancakkan krisis masyarakat.

Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan satu permulaan kepada perubahan ke arah yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kemelut lalu dan kemungkaran mendatang serta menumbangkan kezaliman.

Kita menyambut kedatangan tahun 2013 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat, Negeri dan Negara.

Justeru, sewajarnya apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan menjadi pedoman bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kesekian kalinya lantas memikul amanah yang diberikan Allah SWT kepada kita untuk terus menjadi wadah kepada generasi akan datang.

Namun, semestinya semua ini tidak bermakna sekiranya kita sebagai gerakan Islam yang terbesar di Malaysia ini hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.

Kita perlu ingat bahawa dalam menelusuri jihad menerusi pentas gerakan perjuangan ini, tidak dapat tidak kita harus bertembung dengan mehnah dan tribulasi.

Justeru marilah bersama kita memperhebatkan gerak kerja dan terus bermunajat agar cabaran seperti ini berjaya dipadam dengan dan keikhlasan yang senantiasa dituntut untuk diperbaharui.

Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan oleh AllahSWT  untuk melunaskan tanggungjawab serta ikrar yang kita laungkan buat gerakan perjuangan ini.

Mewakili seluruh kepimpinan PAS Perak, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh  rakyat perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )


1 comment:

PAS SESAT said...

perutusan pengerusi parti sesat semalaysia..

Followers

Video ajijoi

Loading...