Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Thursday, December 20, 2012

'Selamatkan Tanah Rakyat': Memo diserah konvoi GAML

Sikap tidak Profesional kakitangan pusat khidmat A/Parlimen Lenggong, dengan layanan buruk menutup pintu pejabat.

LENGGONG: 18 Dis- Lebih seratus orang peserta melibatkan lebih 50 buah kereta dan motosikal menyertai konvoi Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) menyerahkan memorandum berkaitan tanah dan pembaziran kepentingan rakyat ke pejabat Umno bahagian, pejabat Pentadbir Tanah & Daerah, termasuk  Ketua Balai Polis Lenggong.

Deretan kereta peserta konvoi GAML memenuhi bahu jalan 
pekan Lenggong.
Program bermula pada tengahari, setelah peserta berhimpun di Masjid Jame' disini, sejurus selesai menunaikan solat Zohor dan solat hajat.

Pada jam 2 petang, peserta konvoi menuju kepejabat Umno Bhg. bagi menyerahkan naskah memorandum yang terkandung beberapa desakan, berkaitan pencerobohan tanah hutan simpan PIAH, ladang teh dan pengambilan tanah bangan ragut oleh pihak kerajaan.

Namun begitu, kunjungan konvoi di pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Shamsul Anuar Nasarah, mendapat layanan buruk kakitangan pejabat, apabila kakitangan pejabat itu mencampakkan memorandum diserahkan oleh Sdr Amirul Fairuzzen, yang mewakili Badan NGO itu.

Kakitangan pejabat ADUN Kota Tampan melambai tangan 
kepada peserta GAML
Bagaimanapun, layanan baik diterima oleh peserta konvoi di pejabat pentadbir Tanah dan Daerah, apabila wakil pegawai Daerah menyambut ketibaan wakil GAML dan menerima serahan memorandum secara profesional.
Di balai polis Lenggong pula, peserta konvoi mendapat layanan baik daripada wakil ketua balai dengan cara yang profesional apabila menerima serahan memorandum daripada wakil GAML.

Memorandum diserahkan GAML  itu mendesak supaya semua agensi kerajaan yang terlibat  membuat siasatan dan seterusnya memberi penjelasan kepada masyarakat penduduk kampung terbabit dengan aktiviti dan pencerobohan yang dimaksudkan itu.

Sikap Profesional kakitangan pej. Pentadbiran Tanah & Daerah
yang patut dicontohi.
Menurut Pengerusi GAML, sdr Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 41, wakil rakyat Parlimen Lenggong dan ADUN Kota Tampan, mesti bertanggungjawab menjawab semua pertikaian masyarakat mengenai status tanah serta semua projek dan aktiviti yang sedang berjalan dan terbengkalai menurut kandungan memorandum itu.

Peserta konvoi terdiri daripada anak muda yang berbagai latarbelakang itu, telah dibawa melihat sendiri semua tempat disebutkan dalam kandungan memorandum yang telah diserahkan iaitu, Tanah ladang teh, bukit kulim, kg. Beng, bagan ragut di Cherakoh, pusat ikan pekasam Negara, kg. Kuak, jambatan mengelak kejadian banjir (kononnya) di kg. Tampan Air dan pembaziran projek R&R tasek Raban yang ditinggalkan usang begitu sahaja.

Terima kasih kerana, suara Rakyat Didahulukan.
Ahmad Ramdzi berkata, berpuluh-puluh juta ringgit wang rakyat dibazirkan oleh kerajaan dengan projek yang sia-sia. Pembinaan kompleks Ikan pekasam Negara yang menelan belanja RM5.8 juta. Setakat ini hanya diniagakan oleh 3 orang pengusaha secara kecil-kecilan sahaja. "Adakah ianya berbaloi dengan peruntukan jutaan ringgit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan", Soal beliau.

Tegasnya lagi, pembaziran projek pusat hentian R&R Tasek Raban juga hendaklah diperjelaskan kepada masyarakat ekoran, pelaburan projek jutaan ringgit siap dibina itu telah dihentikan operasinya. Projek itu membabitkan dana rakyat yang tidak dapat dimanfaatkan untuk pendapatan ekonomi masyarakat disini.

Sikap profesional wakil ketua balai polis Lenggong, menerima memorandum
sangat dihargai oleh peserta GAML
Persoalan yang timbul, apakah pelan masa depan supaya dimajukan kembali bagunan ini dan siapakah yang pula yang akan diberi kepercayaan untuk memajukan semula pembangunan yang menelan puluhan juta wang rakyat ini?

Apakah pemimpin kerajaan disini langsung tiada inisiatif menilai perkembangan ekonomi yang mewajarkan pembangunan itu perlu dilaksanakan ataupun tidak di daerah kecil ini. Soal Ramdzi.
Antara persoalan penting yang perlu dijawab oleh wakil Rakyat ialah,  mengenai pengambilan tanah untuk penternakan di kg. Cherakoh. Pembangunan kolej kononnya untuk kemajuan Negara telah mengorbankan punca pendapatan ekonomi peserta terdiri  masyarakat setempat ekoran tanah bagan ragut disini tidak diganti dengan tanah yang baru dimana-mana lokasi.

Jelas Ramdzi, kerajaan hanya meluaskan kemajuan yang tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat dan menyempitkan tanah keperluan masyarakat untuk penternakan serta mengurangkan pendapatan ekonomi rakyat.

Peserta GAML dihadapan Pusat Ikan Pekasam Negara, kg. Kelantan, Kuak.
Menurut Pengerusi Badan NGO ini, pihak beliau akan sentiasa memantau perkembangan pelan tindakan yang akan diambil oleh pihak-pihak berwajib setelah memorandum ini diserahkan.
Ahmad Ramdzi mengulas bahawa, pihaknya tidak teragak-agak bertindak menghantar memorandum yang sama ke Parlimen, sekiranya pihak-pihak bertanggungjawab tidak melakukan sebarang tindakan keatas aduan dibuat oleh NGO ini.

Pusat hentian R&R Tasek Raban tingkat atas kini terbiar.
GAML minta wakil rakyat berikan penjelasan berapakah nilai  pembaziran yang telah ditanggung oleh kerajaan
keatas projek yang tidak memberi manfaat kepada pendapatan ekonomi rakyat ini.

Tanah bagan ragut di kg. Cherakoh ini diambil oleh kerajaan untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 

TANAH BAGAN RAGUT RAKYAT: kerajaan meluaskan pembangunan yang secara langsung telah menyempitkan ekonomi rakyat. Tanah ganti tidak beri. Jika Ada ganti, adakah tanah ganti itu berada di lokasi berdekatan dengan perkampungan penduduk setempat...???

Pembinaan Jambatan telah dijalankan bertahun-tahun masih tidak siap-siap, menyebabkan ekonomi peniaga penduduk kg. Tampan merosot. Wakil rakyat mendakwa kononnya, jambatan rendah menjadi penyebab berlaku banjir disepanjang Sg.Nerok.
Jambatan menghubungkan Kg. Tampan Air  -  Lenggong terputus bertahun-tahun, menyebabkan banyak masalah kepada peniaga di kg. ini.

Sumber: lenggongkite13.blogspot.com

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...