Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Tuesday, December 18, 2012

'Selamatkan Tanah Rakyat': NGO GAML buat laporan polis dan serahan memorandum

LENGGONG- 17 Dis: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu, Gerakan Anak Muda Lenggong (GAML) sedang giat memantau penebangan pokok bagi projek pembalakan dan pembangunan tanah disini, membuat laporan polis hari ini berkaitan status tanah dan hutan di kawasan hutan Simpan PIAH yang juga merupakan kawasan tadahan air.

Menurut pengerusi NGO berkenaan, saudara Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 41, rungutan daripada penduduk di beberapa buah kampung berdekatan berhubung isu penebangan hutan, pembangunan dan pengambilan tanah oleh kerajaan dan mana-mana syarikat di daerah ini, mestilah dijelaskan kepada rakyat, agar tidak timbul sebarang keraguan.

Ahmad Ramdzi berkata, wujud desakan daripada penduduk berkaitan status pengambilan balak di Kampung Beng dan Kampung Luat, yang dipercayai berlaku pencerobohan terhadap hutan simpan PIAH di Bukit Kulim. Pembersihan hutan di kawasan ini seolah-olah tanah itu akan diteroka untuk tujuan pertanian. Dan diragui, tanah ini akan diserahkan kepada syarikat-syarikat atau pemaju tertentu untuk dimajukan.

Tegasnya lagi, penduduk kampung sekitar berhak mengetahui status semasa tanah tersebut. Lebih-lebih lagi, penduduk disini lebih layak mengusahakannya, kerana mereka memerlukan tanah dipinggir kampung mereka sendiri untuk diusahakan bagi meneruskan kehidupan.

Di Kampung Changkat Berangan, GAML mendesak pihak polis membuat siasatan berhubung pengambilan tanah padang ragut yang telah diperuntukkan untuk kegunaan ragut oleh ternakan penduduk Kampung Raban, Kampung Changkat Berangan dan Kuak. Hal ini berikutan pembinaan bangunan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong oleh kerajaan.

Penduduk ingin tahu, kepada siapa tanah itu diserahkan dan dimanakah kawasan gantian bagi tapak padang ragut itu, supaya aktiviti penternakan kepada penduduk setempat tidak terjejas.

Selain itu juga, isu berhubung status ladang teh Lenggong juga menjadi pertikaian masyarakat setempat. Selain pembaziran wang rakyat ke atas pelaburan membuka ladang teh pada tahun 80an itu juga, isu penerokaan tanah ladang teh seluas 800 ekar oleh sebuah syarikat bukan bumiputera yang menjalankan aktiviti tanaman dan pertanian pada masa ini, turut dilaporkan untuk tujuan penyiasatan pihak polis. Kesan penerokaan ini telah menyebabkan kawasan tadahan air musnah dan penduduk di pinggir sungai Nerok menerima kesan buruk banjir kilat, setiap kali hujan lebat.

Berikutan itu juga, di Kampung Banggol Belimbing, penduduk disini telah menerima kesan buruk akibat banjir kilat yang dipercayai berpunca daripada pencerobohan dan penerokaan terhadap tanah peninggalan ladang teh Lenggong.

Ahmad Ramdzi berkata, selaku Pengerusi GAML, beliau bersama ahli NGO (GAML) telah membuat laporan polis untuk tujuan siasatan dan mengharapkan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh pihak-pihak yang berwajib. Pihak NGO juga akan bertindak menyerahkan memorandum 'Selamatkan Tanah Rakyat' ke pejabat  Ahli Parlimen Lenggong, ADUN Kota Tampan, Pentadbir Tanah dan Daerah dan Ketua Balai Polis Lenggong pada jam 2 hingga 3 petang esok.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...