Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang mengingatkan SPR supaya memberi tumpuan utama membersihkan pilihan raya dan bukan isu-isu yang remeh.
Kenyataan Anwar itu ekoran laporan akhbar The Star bahawa SPR akan menghentikan amalan mengadakan perarakan pada hari penamaan calon pilihan raya.
"SPR cuba mengalih isu pokok yang kita tuntut selama ini dengan keutamaan kita ialah membersihkan daftar pemilih.
"Selagi isu teras ini tidak diselesaikan rakyat kekal melihat SPR berpihak kepada pemerintah dan sistem pilihan raya di negara ini berat sebelah," katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Menurut Dr Mansor, isu utama yang diberi penekanan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) serta Pakatan Rakyat selama ini ialah kelapan-lapan tuntutan mereka.
Ia termasuk mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang adil untuk semua parti bertanding, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik kotor dan rasuah.
Walaupun SPR katanya bersetuju menggunakan dakwat kekal, namun agensi kerajaan itu masih berdolak-dalik berhubung tujuh tuntutan yang dikemukakan Bersih.
Mengenai kenyataan Pengerusi SPR hari ini bahawa 42,025 nama pengundi sudah digugurkan, beliau berkata SPR juga perlu melaksana cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
"Lagipun, nama yang digugur itu hanya nama yang gagal disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sedangkan banyak lagi nama yang disahkan oleh JPN tetapi ada masalah," katanya kepada Keadilandaily.com.
Sehubungan itu, katanya, SPR perlu melaksana segala tuntutan Bersih dan cadangan PSC sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Jika SPR enggan, jangan salahkan rakyat jika mereka masih melihat SPR sebagai badan berpihak untuk memenangkan parti pemerintah," tegasnya.

No comments:
Post a Comment