Tuesday, February 21, 2012

Masalah limpahan air kumbahan menghantui rakyat DUN Sungai Rapat

Pihak Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang diketuai oleh YB Dr Lee Boon Chye telah turun padang untuk melihat sendiri masalah pengaliran limpahan air kumbahan di Kampung Changkat Larang. Lawatan ini disertai juga oleh Pusat Khidmat DUN Sg Rapat yang diwakili oleh Mejar (B) Yaakob, Unit Penerangan DUN Sungai Rapat En Muhd Nuruddin Bashah, wakil penduduk Taman Desa Pinji serta wakil rumah-rumah mangsa iaitu En Parvis Bin Isa.

Menurut En Parvis, masalah limpahan air kumbahan ke Kampung Changkat Larang yang berpunca daripada Loji Kumbahan Desa Pinji itu telah sekian lama menyukarkan kehidupan rakyat di kampong berkenaan. Loji yang terletak di Taman Desa Pinji itu terletak bertentangan dengan penduduk kampong. Masalah ini akan semakin serius apabila musim hujan.

Semasa tinjauan dibuat oleh pihak yang terbabit, air kumbahan kelihatan memenuhi jalan raya berhadapan kampong dan taman tersebut. Menurut YB Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng yang juga seorang Doktor pakar, air kumbahan yang memenuhi halaman rumah dan jalan raa sebegini cukup sesuai untuk pembiakan bacteria sekaligus menjadikan kawasan tersebut tidak selamat.

Menurut Cikgu Shahrin selaku penduduk asal Kampung Changkat Larang, suatu protes rakyat pernah diadakan pada tahun 1985 apabila MBI ingin memulakan projek itu tanpa pelan aliran air longkang atau limpahan air kumbahan yang sesuai. Malah sejak kehilangan motor pam sedutan air di loji berkenaan hilang, masalah limpahan ini semakin tidak terkawal.

Dato' Hamidah Osman selaku ADUN yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat perlu memainkan peranan mendesak pihak kerajaan tempatan mengambil langkah pantas untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini.

Pihak penduduk tempatan bersetuju untuk terus menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan termasuk MBI, JPS dan Indah water Konsortium untuk turun padang menyaksikan sendiri masalah rakyat dan membuat pelan penyelesaian yang sesuai.



Air najis bercampur air longkang melimpahi longkang dan jalan raya serta dipenuhi dengan sampah sarap.



Air najis melimpahi jalan hadapan rumah penduduk kampung dan memenuhi hutan belukar kampung.

En Parvis Isa , Majer (B) Yaakob dan Muhd Nuruddin Bashah
YB Dr Lee sedang berbincang langkah penyelesaian kepada kes kumbahan

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

No comments:

Followers