Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussian yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan janji "kosong" itu kerana jelas bahawa rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan Negara ditambah dengan gejala rasuah yang melanda pemimpin mereka.
Memetik ucapan beliau " Umno sebenarnya memang juara dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah, penyelewengan, skandal akhlak, moral serta membawa kerosakan kepada sistem kehakiman"
" Buktinya lihat sahaja bagaimana Umno merampas kerajaan Perak dengan cara zalim dan tidak demokratik sebelum ini "
Justeru PAS Perak mengharapkan agar rakyat perlu sedar bahawa Umno akan berbuat apa sahaja untuk mengemis simpati rakyat dan menggunakan pelbagai isu sensitif untuk terus mengekalkan kekuasaan mereka selepas PRU 13 ini.
Sebelum ini pemimpin-pemimpin politik Umno/BN angkuh dan sombong untuk mendengar suara dan rintihan rakyat malahan suara rakyat bawahan tidak langsung didengari, tegasnya
Kini, rakyat sedar dan mengetahui akan kepalsuan politik Umno/BN yang sekadar berjuang untuk wang dan kepentingan diri yang sempit, ditambah dengan kekalahan teruk parti itu dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.
PAS Perak yakin rakyat tidak mudah untuk terus ditipu dan dibohongi oleh politik Umno/BN yang sarat dengan budaya rasuah, penyelewengan wang rakyat dan skandal yang menjijikkan, tegaasnya.
No comments:
Post a Comment