Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Sunday, November 30, 2008

Santai bersama bloggers hebat


29/11/2008 - Bertempat di The Curve, Damansara berlangsungnya pertemuan santai sambil menikmati buffet yang lazat diantara blogger-blogger hebat tanahair.

Saya bersama Cikgu Ali (alhusseyn) dan Zainal Ariff (wartasgrapat) berkesempatan kesana untuk bertemu mesra bersama mereka.

Jemputan datangnya daripada Shahrir (talkonly.blogspot.com) yang berusaha mengumpulkan para bloggers ini untuk bersuai kenal dan beramah mesra untuk mengenali di antara satu sama lain. Maklumlah, selalunya para bloggers menggunakan nama samaran di dunia maya. Peluang terbaik ini untuk mengenali mereka secara peribadi.

Dan secara jujurnya, saya amat kagum dengan mereka yang melayani kami dengan begitu baik sekali dan ramah mesra mereka membuatkan kami bagaikan telah lama berkenalan. Tambahan pula kami yang tiada nama gah dialam blog tanahair.

Para bloggers yang hadir terdiri daripada pelbagai tempat, umur dan latar belakang. Termasuklah yang berpangkat dan ada nama dan kedudukan didalam dunia penulisan.

Diantaranya ialah Datuk A. Kadir Jasin (The Scribe), Nuraina A. Samad (3540 Jalan Sudin), Mariah A. Samad (Tok Mommy), Tengku Mohd Ali Bustamam (Bustamam), Idrus A. Bakar (Pak Idrus), Feisal (Mat Salo), Dr Wahab (dr tokacid), Ahmad Daniel (Kerp-Let's Wheel), Azeeza (Mantra-indeeptots), Eleena (Acciaccatura), Elviza Michele Kamal (Write Away), Sofian (Bangkai), Wanshana (Wherever You Are), Pi Bani (Pistwist), Anuradha (Euphoriain Misery), Melvin M (Melvin-Mah), Razlin K.D. Hanifah, dan Nasir.

Kemunculan istimewa YB Khalid Samad (Khalidsamad.com) walaupun hanya sebentar daripada jadualnya yang padat amat istimewa sekali kerana karektornya yang sentiasa ceria dan ramah.

Suatu pertemuan yang amat bermakna dalam bertukar-tukar pandangan dan bersuai kenal.

A wonderful afternoon well spent with such beautiful characters and personalities. A million thanks to all you guys. Hope to meet you all again.


Pak Idrus memang berpengalaman luas dan segala cerita-cerita yang disampaikan sungguh menarik.

Nuraina A. Samad, anak kepada Allahyarham Pak Samad Ismail. Cuba teka berapa umur dia?

YB Khalid Samad yang low profile dan sentiasa ceria berjenaka dan bercerita.





28 anak-anak dikhatankan dalam program Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat

Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat berjalan dengan lancar dan dihadiri ramai terutamanya ibubapa kanak-kanak yang mengambil bahagian.

Seramai 28 orang kanak-kanak menyertai program yang dirasmikan oleh YB Hj Anuar Bin Sudin, Adun Changkat Jong. Turut hadir adalah YB Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Dr Khairudin daripada Poliklinik Taqwa telah menyempurnakan majlis dengan menjalankan khatan keatas 6 orang pada malam majlis berlangsung manakala selebihnya dikhatankan keesokan harinya.

Penganjur majlis yang diketuai oleh Ketua Cawangan Pas Desa Aman, Sdr Anuar Bin Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.



Saturday, November 29, 2008

PAFA perkenal skuad baru musim 2009



IPOH (27/11/2008) - Satu majlis suaikenal dan menandatangani perjanjian diantara MB Perak sebagai Presiden PAFA (Persatuan Bola Sepak Perak) dengan jurulatih dan pemain-pemain skuad Perak untuk musim baru 2009 telah berlangsung di Bangunan SUK.

Disenaraikan disini skuad Seladang yang baru untuk saingan musim 2009 yang bermula Januari nanti :-

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN PEMAIN PASUKAN BOLASEPAK LIGA SUPER NEGERI PERAK 2009

Pegawai

Nama - Jawatan
Karathu a/l Maruthaiah - Ketua Jurulatih
YM Raja Azlan Shah bin Raja So'ib - Penolong Jurulatih
Tay Sin Kiat - Jurulatih Penjaga Gol

Pemain

Nama - Posisi - Pasukan Terdahulu
Megat Amir Faisal Al-Khalidy -Penjaga Gol - Selangor
Kamarul Effandi bin Abd Rahim - Penjaga Gol -Perak
Subramaniam a/l Sooryapparad - Defender -Perak
Mohd Fauzi bin Ariffin -Defender -Perak
Mohd Arif Fazlie bin Saidin -Defender -Perak
Mohd Syazwan bin Mohd Roslan - Defender -Perlis
Puvinderan Naidu a/l Kalaichelvan - Defender - Pulau Pinang
Chun Keng Hong - Defender - Pulau Pinang
Mohd Hafiz bin Abd Rahman - Defender - Pulau Pinang
Varathan a/l Arumugam - Defender - Shahzan Muda
Benedict Martin - Defender - Selangor
Mohd Hafiszuan bin Salehuddin - Midfield - Perak
Mohd Nazri bin Mohd Kamal - Midfield - Perak
Mohd Noor Hazrul bin Mohd Mustafa - Midlield - Perak
Zahiruddin bin Mohd Sabri - Midfield - Kuala Lumpur
Isma Alif bin Mohd Salim - Midfield - Perak
Arsyah bin Ayob - Midfield - Sarawak
Muhammad Zafran bin Olibullah - Midfield - Pulau Pinang
Shahrizal bin Mohd Saad - Striker - Perak
Razali bin Umar Kandasamy - Striker - Perak
Thinagaran a/l Kumaran - Striker - UPB/My Team
Mohd Saaufi bin Sa'aidi - Striker - Kelantan

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN PEMAIN PASUKAN BOLASEPAK PIALA PRESIDEN NEGERI PERAK 2009

Pegawai

Nama - Jawatan
YB Zainol Fadzi bin Paharudin - Pengurus
Rizal Ali bin Naiz Ali - Penolong Pengurus
Abu Bakar bin Fadzim - Ketua Jurulatih
Chong Yee Fatt - Penolong Jurulatih

Pemain

Nama - Posisi - Pasukan Terdahulu
Wab Hossen bin Wan Abd Ghani - Midfield - Perak
Mohd Safwan bin Mahayuddin - Midfield - Perak
Muhammad Khalis bin Ibrahim - Midfield - Perak
Khairul Amri bin Salehuddin - Penjaga Gol - Perak

Pemain yang selebihnya akan ditentukan melalui ujian percubaan yang diadakan di Stadium Perak pada hari Sabtu (29/11/2008) dan Ahad (30/11/2008) ini.



Semoga skuad musim baru 2009 ini dapat memberikan permainan dan saingan yang baik sekaligus mengharumkan nama Perak dipersada bolasepak tanahair.

Diharapkan juga sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi daripada penyokong dan peminat bolasepak tanahair dan perlu ditekankan disini bahawa skuad ini adalah satu pasukan yang sepenuhnya terdiri daripada muka-muka baru yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar serta sokongan daripada semua pihak.

Sekalung tahniah juga kepada MB Nizar dan kepimpinan PAFA yang baru kerana berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda PAFA serta menyediakan pasukan yang baru dalam masa yang begitu singkat dan suntuk.


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA




Friday, November 28, 2008

2 Setiausaha MB Perak menunaikan ibadah haji mulai esok


Esok, Sabtu 29/11/2008 akan berlepaslah 2 Setiausaha MB Perak menunaikan haji ke Tanah Suci Mekah.

Mereka yang saya maksudkan adalah Setiausaha Politik, Ust Misbahul Munir dan Setiausaha Akhbar, Sdr Anuar Hashim bersama isteri masing-masing.
InsyaAllah, dikurniakan kesihatan yang baik semasa disana dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalani ibadah haji.
Semoga ibadah haji mereka berdua dikurniakan haji mabrur dan memperolehi keberkatan doa mereka dalam membantu Hj Nizar menerajui kerajaan negeri Perak agar rakyat negeri Perak merasai nikmat yang adil dan saksama dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Amin.

Cuti sambil belajar di KLCC



'Kemana kita nak jalan-jalan cuti sekolah ni?" tanya saya pada anak-anak. "Kita pergi KLCC nak? Kat sekolah selalu kawan-kawan cerita pasal KLCC. Mereka kata best sangat kat sana." jawab anak sulung saya. "Abang nak tidur kat hotel" sambut anak kedua.

"Baiklah. Nanti ayah tengok-tengok di internet apa yang bestnya KLCC tu. OK?" balas saya.

Lanjutan daripada perbualan itu, maka pada hari Khamis 27/11/2008 kami pun berangkat ke KLCC (Kuala Lumpur City Centre).

Walaupun hari bekerja, orang agak ramai juga. Mungkin kerana musim cuti sekolah.

Mula-mula kami bersiar-siar dan bergambar disekitar dalam dan luar KLCC.

Aquaria, KLCC

Kemudian kami ke bangunan sebelah yang juga dinamakan KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre) untuk mengalami pengalaman yang menarik di Aquaria, sebuah pusat pameran hidupan laut.

Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi ke 8 malam. Harga yang dikenakan untuk masuk kepameran ialah dewasa (RM28) dan kanak-kanak (RM22).

Disini, pelbagai species hidupan laut dipamerkan dan aquarium besarnya begitu mengagumkan tambahan apabila ikan-ikan jerung berenang betul-betul diatas kepala kita. Persembahan penyelam memberi makanan kepada ikan-ikan didalam aquarium besar menggembirakan anak-anak saya.

Suatu pengalaman dan pembelajaran yang amat berharga kepada kami sekeluarga.



video


Petrosains, KLCC

Disini paling ramai orang kunjungi terutamanya kanak-kanak termasuklah rombongan daripada sekolah.

Terletak ditingkat 4 dan dibuka setiap hari (kecuali hari Isnin) dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Harganya berpatutan. Cuma RM22 untuk kami sekeluarga.

Pelbagai pameran dan permainan mengenai sains disediakan. Penerangan dan juga tayangan video mengenai sesuatu topik itu sangat berguna dan menambahkan pengetahuan kami sekeluarga.

Untuk menyaksikan keseluruhan pameran ini memakan masa yang agak lama kerana keluasan dan bilangan pameran yang disediakan tambahan pula anak-anak saya begitu teruja dan kalau boleh kesemuanya hendak dicuba dan disentuh.



Kami pulang pada sebelah malamnya dengan perasaan yang gembira dan pengetahuan yang bertambah.

"Macamana percutian kita hari ni?" tanya saya kepada anak-anak semasa didalam perjalanan pulang. "Seronok sangat. Terima kasih ayah." jawab mereka.

Saya pun tersenyum puas menjeling kepada isteri disebelah yang juga tersenyum sama kerana bersyukur dapat menggembirakan anak-anak dipercutian kali ini.

Wednesday, November 26, 2008

Perjumpaan blogger Pas Perak


IPOH (26/11/2008) : Saya dijemput menghadiri perjumpaan diantara blogger-blogger Pas Perak dan juga Setiausaha Politik dan S/U Akhbar MB Perak di pejabat MB di bangunan SUK.

Diantara blogger yang hadir ialah Cina-Islam, Alhusseyn, Warta Sg Rapat, Bumi Perak, Anak Sengat, Budak Ipoh Timur, Pas Tambun, Telok Bakong Online, wakil YB Roslan Shaharom (dari Bukit Gantang) dan Ajijoi.

Malah, MB sendiri pun blogger juga (kamparinn.blogspot.com), Setiausaha politik MB, Ust Misbah ada misabah.blogspot.com dan Setiausaha Akhbar MB, Sdr Anuar Hashim ada anuarhashim.com.

Kesudian MB meluangkan sedikit masa untuk mendengar sendiri pandangan dan saranan daripada kami demi menambahbaikan penerangan dan juga isu-isu yang timbul mengenai kerajaan negeri amat kami hargai.

Perjumpaan tadi dapat menambahkan lagi ikatan ukhuwwah diantara kami dan juga dapat berkongsi-kongsi pandangan dan idea untuk memantapkan dan menyelaraskan berita-berita serta komentar tentang sesuatu isu didalam blog-blog yang kami selenggarakan.

Semoga perjumpaan sebegini dapat diaturkan lagi dilain kali bagi mencambahkan pemikiran dalam penulisan blog kami.


Budak Ipoh Timur, Anak Sengat dan Bumi Perak.

Telok Bakong Online yang sanggup datang dari Putrajaya semata-mata perjumpaan ini. Satu salut dari teman buat mike bedua.
Kehadiran dan kesediaan MB mendengar pandangan kami merupakan satu penghargaan diatas usaha kami selama ini.




Kami juga dijamu makan tengahari. Terima kasih MB


Kesemua yang hadir bergambar bersama MB Nizar.

Majlis Berkhatan & Aqiqah Anjuran Pusat Khidmat Komuniti Dun Sg Rapat

Dengan segala hormat dan penuh takzimnya
dijemput Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk hadir
ke majlis tersebut yang akan diadakan seperti berikut:
TARIKH / HARI
Jumaat 28hb. Nov 2008 bersamaan
30 Zulkaedah 1429
JAM : 8.00 malam
TEMPAT
Pusat Khidmat Komuniti Dun Sg Rapat
No. 86A, Jln. Desa Pengkalan Indah
31500 Lahat, Perak.
PROGRAM
MAJLIS KHATAN DAN AQIQAH

8.00 MLM:
KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN
DAN PARA HADIRIN YANG DIJEMPUT

8.30 MLM:
PERARAKAN PESERTA KHATAN
DIIRINGI SOLAWAT KE ATAS NABI S.A.W

8.45 MLM:
UCAPAN ALUAN YANG BERBAHAGIA
ENCIK RADZI BIN ZAINON
PENGERUSI PUSAT KHIDMAT KOMUNITI
DUN SG RAPAT MERANGKAP
AHLI MAJLIS BANDARAYA IPOH

8.55 MLM:
UCAPAN YB TN. HJ. ROSLAN BIN SHAHARUM
AHLI PARLIMAN BUKIT GANTANG

9.10 MLM:
UCAPAN YB. TN. HJ. Drs IDHAM LIM ABDULLAH
(WAKIL MENTERI BESAR)
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG

9.25 MLM:
PENYERAHAN ZAKAT FITRAH
KEPADA FAKIR MISKIN

9.35 MLM:
PEMBERIAN CENDERAHATI
KEPADA PESERTA KHATAN

9.45 MLM:
JAMUAN MAKAN DIIRINGI OLEH
KUMPULAN NASYID DARI
SEKOLAH AGAMA RAKYAT DESA PELANCONGAN

11.30 MLM :
MAJLIS BERSURAI

Saturday, November 22, 2008

Senaman yoga haram: Majlis Fatwa Kebangsaan


PUTRAJAYA 22 Nov. — Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.
— BERNAMA

Sunday, November 16, 2008

Majlis Ihtifal dan Khatam Quran SAR Masjid Rapat Setia, Ipoh


Pagi tadi, kami sekeluarga menghadiri Majlis Ihtifal & Khatam Quran Sekolah Agama Rakyat, Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia Ipoh kerana anak sulung saya Nur Aqilah Nasuha menyertai acara nasyid dan juga berkhatam Quran disana.

Majlis diadakan didewan sekolah dan dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan KAFA Daerah Ipoh, Ustaz Sabri Bin Ramli PJK.

Dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan Quran serta ucapan wakil pelajar oleh pelajar SAR sendiri. Ucapan Guru Besar dan juga perasmi majlis (ucapan yang terlalu panjang sehinggakan ibubapa kelihatan resah gelisah menanti acara seterusnya didalam keadaan dewan yang panas dan bersesak).

Diikuti dengan khatam Quran dan juga penyampaian hadiah akademik. Majlis diakhiri dengan jamuan buat semua yang hadir.










Saturday, November 15, 2008

Karnival Kesenian Islam Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh


IPOH (15/11/2008) : Sekolah Kebangsaan Rapat Setia Ipoh telah menganjurkan Karnival Kesenian Islam hari ini dengan acara terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian Pertama : 8.00 pagi hingga 6.00 petang - Gerai Jualan/Pameran, Berkhatan beramai-ramai, Pertandingan Gubahan Bunga, Bengkel Keibubapaan, Memanah/Berkuda, Pertandingan Orkid, Telematch, ICT Game, Catur & Ping Pong, Karaoke dan Tarik Tali.

Bahagian Kedua : 8 malam hingga 11 malam - Islamic Rock Konsert, Festival Nasyid Sekolah Rendah dan Buffet Makan Malam (RM10 dewasa & RM5 kanak-kanak).

Kami sekeluarga kesana kerana anak saya, Nasuha yang bersekolah disana ingin melihat acara yang ada manakala saya pula mengambil kesempatan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik di karnival tersebut.

Saya tercari-cari 'kesenian Islam' yang menjadi tema karnival hari ini. Yang terlintas dikepala saya pastinya bahan-bahan purba sejarah Islam, seni tulisan khat, alat-alat pertukangan dan muzik Islam dan juga yang ada kena mengena dengan Islam.
Tetapi hampa, kerana yang ada hanyalah berkhatan (Islam juga lah tu). Yang lainnya hanyalah orang ramai samada sibuk menjual ataupun membeli. Karnival membeli belah layaknya. Entahlah...




Penghargaan buat Imam Hj Fahme


Buat julung-julung kalinya Pasti Kawasan Gopeng memberikan anugerah khas kepada aktivis PAS yang menaburkan jasa bagi perkembangan dan pembangunan Pasti selama ini.
Penerima anugerah khas kali pertama ini amat serasi dengan Pasti kerana seluruh ahli keluarganya terlibat secara langsung dalam penubuhan dan kejayaan Pasti di kawasan Gopeng ini.

Dan penerima anugerah khas itu tak lain dan tak bukan adalah Imam Hj Fahme B Zakaria.

Imam Hj Fahme berjiran dan ada talian persaudaraan dengan keluarga mertua saya dan mesra dengan panggilan Nyah Mi. Pernikahan saya juga berlangsung di Surau Ehsaniah, Kampung Meranti Lapan tempat dimana Nyah Mi sentiasa menghabiskan malamnya.

Sedikit biodata Imam Hj Fahme :

Imam Hj Fahme Bin Zakaria merupakan seorang pesara angkatan tentera yang dilahirkan di Batu Gajah pada 30hb Disember 1937. Mempunyai seorang isteri dan 10 orang anak serta 40 orang cucunda yang tercinta.
Beliau mula melibatkan diri dengan PAS pada tahun 1981. Beliau diamanah sebagai Naib YDP PAS Batu Gajah. Kemudiannya dilantik menjadi Naib YDP PAS Gopeng setelah persempadanan semula dimana pada masa itu hanya terdapat 2 cawangan. Beliau juga menubuhkan PAS Cawangan Pengkalan Pegoh, Changkat Larang dan Sri Rahmat serta pernah menjadi ketua ketiga-tiga cawangan tersebut.
Pada tahun 1989, beliau menubuhkan PASTI Ammar yang ketika itu masih di bawah PAS Kawasan Batu Gajah. Beliau juga menubuhkan PASTI Batu Gajah dan Pengkalan Pegoh. Jumlah murid PASTI Ammar pada awal penubuhan ialah seramai hampir 30 orang bertempat di bawah Surau Ehsaniah, Kampung Meranti Lapan. Kemudian berpindah ke rumah Imam Hj Fahme sendiri dan seterusnya di Taman Pinji Perdana sehinggalah sekarang.

Saguhati guru pada awal penubuhan hanyalah sebanyak RM50 sahaja. Manakala tenaga pengajar PASTI Ammar adalah anak-anak Imam Hj Fahme sendiri sejak ditubuhkan. Hingga sekarang, Imam Hj Fahme masih kekal sebagai Pengerusi PASTI Ammar.




Imam Hj Fahme menerima plaque dan sijil
penghargaan Pasti daripada YAB MB Nizar

Bersama anak-anak, menantu dan cucu-cucu

Dari kiri: Cikgu Naim, Ahmad Osman (Ketua Kampung Seri Rahmat), Imam Fahme, Hj Rahim (YDP PAS Gopeng) dan Ust Sazali (menantu)



Imam Fahme bersama blogger Ajijoi (saya le tu..)

Followers

Video ajijoi

Loading...