Friday, June 11, 2010

Kubur Yahudi di Pulau Pinang

Semasa lawatan Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat pada 1/5/2010 tempoh hari,rombongan dibawa ke satu tempat di Jalan Zainal Abidin berhampiran bangunan UMNO P. Pinang. Agak terkejut bila melihat lebih 1 ekar tanah diberikan oleh Kerajaan BN P.Pinang kepada yahudi untuk dijadikan tapak perkuburan mereka. Rombongan juga difahamkan oleh penjaga kubur itu yang berketurunan India, beliau adalah generasi ke 3 menjaga kubur itu dan dibayar untuk menjaga kubur tersebut. Difahamkan juga setiap tahun waris yahudi ini akan datang ke sini untuk melawat kubur ini.

Persoalannya sekarang bagaimana kaum terkutuk ini dapat mempengaruhi kerajaan negeri P.Pinang pada masa itu bagi mendapatkan tanah tersebut. Jelas dan nyata yahudi mempunyai agenda jahat di sebalik tindakan mereka. Mungkin kah ini satu cara halus yang mereka gunakan untuk memasuki negara ini sedangkan kita rakyat Malaysia tidak boleh memasuki negara mereka.

Jadi tidak hairanlah kenapa sekarang ini Kerajaan 1 Malaysia sanggup bersahabat dengan APCO. Rupa rupanya hubungan mereka sudah lama terjalin. Ini dapat dibuktikan dengan isu Khariah Masjid Jelutong yang sudah hampir 13 tahun memohon tanah untuk perkuburan islam tidak dilayan tetapi Kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng telah meluluskan. Orang melayu susah dapat tanah di P.Pinang, Yahudi boleh dapat... Tahniah UMNO / BN... UMNOAPCO.....



















sumber: kiriman e-mail drpd PAS Lenggong

6 comments:

Anonymous said...

Tanah kubur tu dah lama dah kat situ sejak 1805. UMNO pun belum wujud lagi. Orang Yahudi pun ada hak untuk dikuburkan bila dah mati. Kita membenci zionis bukannya yahudi secara keseluruhannya. Kerajaan yang memerintah perlu adil pada semua rakyatnya tak kira apa fahaman agama.

psychedelicmundo said...

Saya juga setuju dengan saudara di atas.Mereka mungkin datang sekali dengan rombongan Francis Light 1786.Rasa tak adil dan tak masuk akal kalau disalahkan BN dalam hal.Saya mengaku BN memang kerajaan korup.Namun biarlah kita bersifat adil.

Firdaus said...

Salam Tuan empunya blog,

Umum kita ketahui bahawa kita tidak mengiktiraf negara israelaknatullah, bukannya bangsa yahudi. Bangsa yahudi ada dimana-mana sahaja. Dan ada juga kelompok yang beragama judais dan boleh bertutur bahasa kita di ibu negara. Terus terang saya katakan, gaya dan isi tulisan Tuan kurang ilmu. Setahu saya Komuniti yahudi sudak lama menapak sebelum perang dunia lagi. Isu politik sama sekali tidak mahu saya sentuh.

Salam Hormat dari saya,
Firdaus.

Anonymous said...

RASULULLAH SENDIRI TAK BERDENDAM DENGAN YAHUDI, INGAT TAK KISAH RASULULLAH DENGAN PENGEMIS YAHUDI BUTA? RASULULLAH MENDENGAR CACIAN DAN FITNAH YANG DILEMPAR YAHUDI BUTA TERSEBUT TAPI RASULULLAH TAK MARAH DAN BERDENDAM MALAH RASULULLAH MENYUAPKAN MAKANAN KEDALAM MULUT PENGEMIS YAHUDI BUTA ITU. TAPI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH, YAHUDI ITU BERSYAHADAH. JADI MAKSUD SAYA CONTOHILAH RASULULLAH TAK SEMUA YAHUDI ITU JAHAT, ADA JUGA YANG BAIK.

WASSALAMUALAIKUM

Mata-Jiwa-Cinta said...

Saya Amat bersetuju dengan komen2 di atas. Saudara dengan sekali melawat saja tempat tersebut terus membuat andaian yang kurang bijak dengan menyalahkan UMNO & BN. Nampak sangat pendek akal dan kurang berilmu. Sebagai anak melayu & anak jati penang, sedih dengan tuduhan sebegitu. Saya pernah bermastautin di Jalan Zainal Abidin yang dulunya dikenali sebagai Jalan Yahudi sejak saya lahir pada 1968 hingga 1978. Keujudannya telah lama. dan pada masa dulu xda orang yang maik peduli. Kenapa sekarang baru nak dijadikan isu. Saudara sendiri melawat tempat tersebut dan tengok sendiri catatan bila ianya diujudkan. Masa Straits Settlement lagi. Dirasmikan sendiri oleh Gabenor Straits Settlement ketika itu pada 1805ad. Wujud ker UMNO dan BN pada waktu tu. Dah lahir ker Dato Onn dan Tunku pada masa tu? Kenapa memutarbelitkan fakta utk tujuan politik. Subhanallah...

Zuleikha said...
This comment has been removed by the author.

Followers