Thursday, June 3, 2010

Labelkan Israel dan penyokongnya sebagai pengganas

Sebahagian besar negara Eropah mengecam dan mengutuk serangan ala lanun tentera laut Regim Zionis terhadap salah sebuah daripada 7 buah kapal yang sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi kapal tersebut dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza yang semakin hari kian tersepit dan tertekan dek kezaliman Zionis. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH).

Bertambah biadap apabila Zionis tetap melancarkan serangan komandonya walaupun semua objektif dan pergerakan konvoi ini telah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.

Antara lain, Resolusi 1860 menyebut dan menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan, menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan, menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza serta mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorism.

Tekanan kuat juga dilakukan oleh Liga Arab termasuk desakan daripada Duta Turki di Mesir dan hasilnya, Mesir telah membuka sekatan jalan daratnya ke Palestin. Mungkin pengorbanan nyawa sukarelawan yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk membawa bantuan makanan dan infrastruktur sivil itu akan menjadi kunci bantuan yang lebih besar ke Gaza. Pengorbanan mereka tidak sia-sia.

Pada pandangan saya, keganasan yang tidak bertamadun ini cukup besar impaknya untuk menggantikan titik fokus masyarakat dunia yang memandang blok Islam sebagai pengganas. Titik mula persepsi negatif terhadap Islam atau dikenali sebagai Islamofobia ini jelas berlaku bermula perencanaan kejadian WTC pada 11 September 2001 dahulu. Sejak itu, negara umat Islam sendiri menjadi jurubicara Amerika dan Israel untuk mengangguk dan mengiayakan kenyataan bahawa Muslim itu pengganas.

Walaupun kematian akibat tragedi WTC adalah sejumlah ribuan nyawa manakala kematian sukarelawan penyelamat Gaza hanya beberapa nyawa, namun perlu diingat, mangsa-mangsa kapal Mavi Marmara itu terdiri daripada kalangan diplomat pelbagai negara, malah mewakili komuniti dunia. Berbanding dengan tragedi WTC, yang hanya melibatkan nyawa rakyat Amerika, manakala 2000 pekerja Yahudi pada saat itu tiada atau bercuti.

Keganasan Israel atau mungkin ada kaitannya dengan Amerika (atas alasan kerjasama teknologi perang dan ketenteraan) yang berlaku ini melibatkan banyak negara termasuk Eropah. Masyarakat dunia yang waras memandang bahawa kezaliman Israel sudah melangkaui wilayah mereka sendiri. Jika Islam dikatakan menyerang Amerika, Israel pula boleh dituduh mengganas terhadap banyak negara!

Alasan ini cukup untuk mengalihkan fokus bahawa Israel adalah pengganas malah semua yang melibatkan diri dengan Israel adalah pengganas dan jika di Malaysia wajar di ISAkan ! Bagaimana dengan APCO di Malaysia?

Soalnya siapa yang mampu mengalih fokus dunia daripada menuduh Al Qaeda dan Muslim sebagai pengganas kepada Israel pula? Siapa ingin membiayai kempen besar-besaran media, melobi di PBB dan OIC, berseminar dan berdialog serta menyediakan serangan psikologi melalui permainan video, lagu dan filem bahawa Israel adalah pengganas dekad pertama milenium ini?

Amerika mampu mengadakan kempen menghalakan laras meriam Islamofobia kepada blok Islam kerana White House, PBB dan semua pentas besar dunia adalah milik Freemanson dan Zionis. Tambahan kini ia juga telah merayap ke dalam blok Islam dalam kalangan para aristokrat dan elitis.

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras



Israel sememangnya pengganas manakala penyokong-penyokongnya pula adalah penyumbang kepada keganasan yang dilakukan oleh pengganas itu. Di Malaysia pun ada juga penyokong dan penyumbang kepada keganasan Israel.

No comments:

Followers