Sunday, June 6, 2010

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Memenuhi jemputan kenduri kahwin

AYER TAWAR 5 JUN: Rombongan xpdc singgah bagi memenuhi jemputan perkahwinan oleh Tuan Haji Osman.

Biarpun jam menunjukkan baru pukul 11.40 pagi, ketibaan kami telah lama dinanti-nantikan oleh tuan rumah dan juga tetamu yang lain.

Pimpinan PR Perak menuju ke rumah pengantin

Tuan Haji Osman menyambut ketibaan rombongan xpdc

Gembira sungguh Tuan Haji Osman dengan kesudian
Dato Seri Haji Nizar dan rombongan singgah
ke majlis perkahwinan anak ketiganya

Antara tetamu yang menyambut ketibaan Dato Seri Nizar

Berbual mesra

Ramai yang bertanya khabar

Sikitnya Dato Seri makan


Tuan Guru Haji Abu Bakar menunggu giliran

Dakwah berterusan. Dato Ngeh mendiamkan diri sebagai
tanda hormat apabila Dato Seri Haji Nizar membacakan
doa sebelum makan

Pesuruhjaya PAS Perak turut menikmati hidangan

Bergambar kenangan bersama tuan rumah

Dato Seri Haji Nizar diminta untuk berucap

Mengingati sekalian yang hadir mengenai hukum Allah
Taala bahawa judi itu tetap haram biarpun berlesen


Tuan Haji Osman begitu berpuas hati dengan kunjungan
rombongan xpdc pimpinan PR Perak yang memeriahkan
lagi majlis perkahwinan anjurannya itu

Ini bukannya rakaman untuk TV3. TV1 apatah lagi.
Setakat video majlis perkahwinan saja.

Opah berdua ini pun seronok dengan rombongan kami

Kami berada dimajlis perkahwinan itu sehingga jam 12 tengahari sebelum berangkat meneruskan xpdc hari ini.

Terima kasih berbanyak-banyak kepada Tuan Haji Osman sebagai tuan rumah yang sudi mengundang dan melayani kami dengan makanan yang sedap-sedap.
Semoga perkahwinan anak Tuan Haji berkekalan untuk selamanya.

No comments:

Followers