Monday, June 14, 2010

Al-Fatihah! Ustaz Hassan Shukeri kembali kerahmatullah

Sebentar tadi dimaklumkan bahawa Ustaz Hassan Shukeri telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 2.00 petang tadi di Hospital Selayang setelah mengadu sakit dada sekembalinya daripada Muktamar PAS Pusat di PUTIK, Kelantan smalam tadi.

Sepanjang hayatnya beliau memegang berbagai jawatan penting termasuk selaku Timbalan Presiden Pas adalah jawatan tertinggi. Buat masa ini beliau adalah ahli Majlis Syura Ulama dan juga anggota Dewan Senat. Beliau juga lebih dikenali sebagai ahli pakar perlembagaan PAS.

Lagi berita di Harakahdaily dan Malaysiakini

(sumber foto - MSOmelayu)

Jasanya yang terakhir mungkin sebagai penggubal dasar Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Beliau juga dianggap sebagai kamus/perlembagaan bergerak kerana kepakarannya dalam perlembagaan PAS.

No comments:

Followers